Penunggang motosikal kuasa tinggi maut rempuh pancuan 4 roda berhenti mengejut dilorong kanan [VIDEO]

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlanggar belakang pacuan empat roda di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur dekat Temerloh semalam.

Dalam kejadian di KM98.6 , mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian dada.

Menerusi klip video kamera papan pemuka pengguna jalan raya lain yang tular di media sosial, motosikal ditunggang mangsa terpelanting selepas terlanggar pacuan empat roda lalu tercampak ke atas ruang muatan kenderaan itu.



Ketua Polis Temerloh, Mazlan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.45 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku susulan tindakan seorang wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berhenti di bahu jalan sebelum melintas ke kanan lebuh raya.

Menurutnya, disebabkan tindakan wanita itu, pemandu pacuan empat roda terpaksa menekan brek secara mengejut sebelum dilanggar motosikal mangsa yang tidak sempat mengelak.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.



“Mangsa terjatuh di lorong laju, manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang Mitsubishi Triton yang dirempuhnya,” katanya menurut Sinar Harian.

Mazlan berkata, wanita berusia 35 tahun yang memandu SUV dan penumpangnya, lelaki warga China berusia 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, ujian saringan air kencing ke atas pemandu dan penumpang SUV itu didapati negatif dadah.



“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker