Puteri Sarah mohon maaf

Puteri Sarah mohon maaf

“Saya mohon maaf tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit atas nasihat peguam.

“Apa-apa pun, boleh rujuk perkara itu di mahkamah syariah,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dirinya pernah diceraikan dua kali oleh suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menurut sumber Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

“Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman


“Difahamkan Syamsul juga tidak hadir ke mahkamah,” menurut sumber itu.

Dalam perkembangan lain, kata Puteri Sarah, buat masa ini, dia mahu fokus kepada karier seninya.

“Saya sudah kembali ke lokasi penggambaran drama sejak hari raya keempat lagi.

“Saya terbabit dengan dua projek drama bersiri 60 episod Hijrah Jannah dan Andai Itu Takdirnya.

“Selepas itu, saya akan ke Jakarta, Indonesia pula untuk penggambaran filem arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo Anugroho,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Punca utama Diana bercerai dengan Farid

Hattan terima ugutan bunuh dan santau


Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas dakwaan mengenai kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. HM

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker