‘Sekolahkan’ pembaca berita, Hattan tak minat ulas, main golf

‘Sekolahkan’ pembaca berita, Hattan tak minat ulas, main golf

‘Sekolahkan’ pembaca berita, Hattan tak minat ulas, main golf

PETALING JAYA – “I’m not interested (saya tak berminat).”

Demikian jawapan penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan menerusi nota suara ditinggalkan dalam aplikasi WhatsApp sebaik Kosmo! Online membuat permintaan mahu menghubunginya.



Pada masa sama, panggilan telefon yang dibuat beberapa saat sebelum itu dijawab serba ringkas dengan menyatakan dia sedang bermain golf.

Pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin itu lebih selesa menjalani hari seperti biasa ketika kontroversi ‘sekolahkan’ pembaca berita sebuah stesen televisyen hangat diperkatakan sejak semalam.

Tentera bawang yang dilihat bertalu-talu menyerbu setiap hantaran membabitkan wawancara langsung dengannya berkenaan Allahyarham Mael XPDC dilihat turut menyerang Instagramnya.


Baca Artikel Menarik:

Pengampunan Najib jalan terbaik menurut Islam – Menantu Presiden PAS [VIDEO]




Barangkali enggan membiarkan situasi menjadi semakim tidak terkawal, Hattan menetapkan Instagram yang menjadi medan untuknya berkongsi pandangan kepada mode privasi.

Semalam ramai meluahkan kemarahan apabila penghibur yang hampir empat dekad dalam industri muzik itu didakwa memalukan pembaca berita wanita yang bertanyakan soalan mengenai Allahyarham Mael XPDC.

Memulakan butir ayat dengan menyatakan lirik lagu XPDC ‘makan dalam’, dia terus menempelak petugas terbabit apabila mendakwanya tidak membuat kajian terlebih dulu.



Malah seakan tidak memberi ruang untuk wanita tersebut bersuara, Hattan bertanyakan pula siapa pencipta lagu XPDC yang kemudian gagal dijawab dengan betul.

Begitupun, personaliti televisyen terbabit tampak profesional berdepan situasi tidak dijangkakan itu apabila tetap mengucapkan terima kasih atas perkongsian diberikan.


Baca Artikel Menarik:

Dikecam hebat, Hattan akhirnya bersuara




Namun, sekali lagi figura popular asal Negeri Sembilan itu membuat kejutan apabila terus meletakkan telefon belum pun sempat ucapan berkenaan tamat.

Temu bual secara langsung itu terus tular dalam pelbagai platform media sosial, sekaligus mengakibatkannya diselar sebagai biadab.

Rata-rata menegaskan sikap sedemikian tidak setara dengan gelaran serta usianya selaku individu dihormati yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada generasi muda.

Malah tidak kurang dalam kalangan netizen menggesa penyanyi berumur 58 tahun itu mengakui kesilapan selain meminta maaf secara terbuka kepada personaliti televisyen terbabit



Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker