Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram

Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram

Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram

Demi mendapatkan badan langsing serta berat badan idaman, penyanyi duo cantik, Aisha Hanim tidak menikmati hidangan berunsurkan nasi selama empat bulan.

Menurut Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar yang merupakan kembar seiras, mereka menggantikan nasi dengan hidangan lain dan berjaya mengurangkan berat badan sehingga 13 kilogram.

“Sebenarnya tak dinafikan, kami mula nekad nak berdiet sejak tahun lalu. Kenalan asyik tanya, bila dah kurus ni, kami makan apa?

“Senang saja, jangan makan nasi! Sejujurnya, ada masa kami ‘moody’ dan emosi kerana diet, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.

“Mungkin sebab kami berdua kembar, jadi kami bulatkan tekad dan kami pun sering berdua, jadi nak buat aktiviti pun bersama. Bila kami berdua berpakat, hasilnya itu menjadi,” kata Aisha.


Baca Artikel Menarik:

Tambah Hanim pula, mereka juga tidak lupa untuk bersenam bersama di rumah untuk mendapatkan berat badan idaman.

“Sepanjang kami sama-sama diet, kami sokong satu sama lain. Kami saling berpesan, sering beri motivasi. Kami jaga pemakanan, tidak mengambil gula dan garam, kami elak makan nasi, kami nikmati makanan gantian.

“Bukan sahaja risau dengan keadaan tubuh badan, kami juga risau dengan masalah kesihatan lain seperti kolestrol dan sebagainya. Alhamdulillah, selepas berhempas pulas diet, berat badan saya turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha pula dalam hampir 10 kilogram,” kata Hanim.

Dalam perkembangan lain, mereka muncul dengan lagu Raya Rumah terbuka bersempena ketibaan Syawal.

Lagu raya yang mengetengahkan konsep irama kugiran dengan suntikan elemen tradisional itu ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.

Baca Artikel Menarik:

‘Sekolahkan’ pembaca berita, Hattan tak minat ulas, main golf

“Lagu ini juga adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri itu sendiri. Kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak, ketika Aidilfitri disambut dengan penuh keriangan.

“Kami selesa bekerjasama dengan Omar K. Dia faham hala tuju muzik dan senang untuk berbincang. Raya Rumah Terbuka menggabungkan elemen tradisional dan kugiran serta lirik yang mengimbau nostalgia Aidilfitri,” katanya. Xtra

Kembar Cantik Aisha Hanim Dedah Rahsia Turun Sehingga 13 Kilogram

Puteri Sarah mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker