Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB

Zeti adalah "key person" dalam skandal 1MDB.

Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB

Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB

Oleh Norzahira

SEPATUTNYA bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dipertanggungjawabkan atas kehilangan wang berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun beliau dilihat lepas bebas begitu sahaja seolah-olah dilindungi oleh tangan-tangan ghaib. Ketika Zeti dipanggil untuk menjadi saksi utama perbicaraan 1MDB Najib, Zeti dengan mudah melepaskan diri dengan memberi alasan cuti sakit selama dua hari.



Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa saksi yang dinanti-nantikan dalam perbicaraan itu mendapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah.

Persoalannya, hingga ke hari ini beliau masih tidak muncul di mahkamah untuk memberikan keterangan. Sebenarnya Zeti perlu menjadi pihak yang didakwa bukannya sekadar saksi dalam kes 1MDB namun tangan-tangan ghaib sangat berkuasa mengatur sistem perundangan negara kita sehingga Najib pula yang dibicarakan secara tidak adil.

Zeti merupakan pihak yang secara terang bersalah dalam isu 1MDB. Peranan keluarga beliau menerima hampir RM700 juta daripada Jho Low itu merupakan bukti yang sangat kuat. Mengapa BNM di bawah Zeti boleh meluluskan semua pemindahan besar itu ke akaun palsu di luar negara hampir semalaman. Tambahan pula suami Zeti terlibat secara langsung dalam perkara ini.


Baca Artikel Menarik:

 



Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?


Mengapa Zeti dan suaminya disebut secara khusus oleh Tim Leissner beberapa tahun lalu mahkamah jenayah AS? Mengapa Zeti menasihatkan Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri untuk menerima derma Arab dan mengapa Zeti gagal dalam janjinya kepada Najib untuk memantau akaun beliau untuk transaksi yang mencurigakan.

Setiap ringgit yang diselewengkan sebenarnya selepas wang 1MDB dipindahkan ke akaun palsu di luar negara.Jika BNM atau lebih tepat Zeti telah menjalankan tugasnya pada masa itu maka tiada wang 1MDB yang akan hilang.



Jika Zeti telah melakukan tugasnya seperti yang diminta oleh Najib maka tiada wang yang mencurigakan akan masuk ke dalam akaun Najib.

Suami Zeti sudah pun menjadi pemegang saham bersama dalam sebuah syarikat dengan Jho Low sejak 2007 sebelum Najib menjadi PM dan sebelum 1MDB atau TIA pernah wujud. Syarikat tersebut kemudiannya menerima AS$153 juta daripada Good Star dan seterusnya menerima wang daripada salah satu pemindahan AS$1 bilion wang 1MDB tersebut.

Selain itu, RM65 juta daripada bon 1MDB yang pertama sebanyak RM5 bilion telah dipindahkan serta-merta ke syarikat suami Zeti di Singapura selepas 1MDB mengumpulkan wang ini.


Baca Artikel Menarik:

Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram




Suami Zeti merupakan pemegang saham bersama dalam syarikat Singapura tersebut dengan Samuel Goh yang telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun palsu yang diluluskan oleh BNM untuk dipindahkan wang 1MDB.

Kesimpulannya, Zeti adalah “key person” dalam skandal 1MDB. Beliau perlu dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku bukannya Najib. PM ke 6 itu menjadi mangsa penganiayaan Zeti dan tangan-tangan ghaib sehingga dipenjarakan dengan perbicaraan yang tidak adil. Oleh itu, Najib sangat berhak untuk mendapat Pengampunan DiRaja.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rumah Terbuka Madani, awat hang kalut sangat Sanusi?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker