Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN

Adakah PAS merasa imej kerajaannya di Kedah, Terengganu, dan Kelantan akan tercabar apabila rumah terbuka Anwar Ibrahim diadakan?

Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN

oleh Mohsin Abdullah

Hari ini seperti semua maklum akan diadakan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri. Untuk selari dengan konteks artikel ini izinkan saya memetik kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berhubung majlis berkenaan.



Kenyataannya yang dikeluarkan pada 23 April berbunyi: “YAB perdana menteri serta Jemaah Menteri kerajaan perpaduan akan mengadakan siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan April dan Mei di beberapa lokasi seperti berikut.”

Fahmi menyenaraikan lokasi berserta tarikh dan waktu majlis, disudahi dengan mengundang semua memeriahkanya dan “semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.”

Bab bermaafan dan eratkan silaturahim sememangnya semangat dan tujuan majlis rumah terbuka bahkan ia “spirit” hari raya itu sendiri. Namun bagi rumah terbuka Malaysia Madani, ada pihak seolah mengenepikan semangat itu. Rasanya anda tahu apa yang saya maksudkan. Apa pun siri rumah terbuka Madani akan bermula di Kedah esok disusuli Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, dan Selangor pada Mei ini.

Berpandukan kenyataan Fahmi, betul lah kata-kata Razeef Rakimin, timbalan ketua penerangan PKR, semalam bahawa siri rumah terbuka itu program kerajaan perpaduan yang terdiri bukan sahaja Pakatan Harapan tetapi juga Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sarawak, dan Warisan.



Sebenarnya beliau memberi respon terhadap gesaan Ahli Parimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim, agar duit parti digunakan untuk majlis itu, bukannya wang kerajaan. Kata Razeef, soal itu tidak timbul kerana ia program kerajaan, bukannya parti.

Walaupun begitu program itu dikenali atau dianggap ramai sebagai rumah terbuka Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Namun menurut Hassan sendiri memang ada peruntukan perdana menteri untuk mengadakan majlis rasmi keramaian seperti rumah terbuka tetapi “di satu tempat sahaja misalnya di kediaman rasmi”.

Yang menjadi atau dijadikan isu ialah rumah terbuka Madani diadakan di enam negeri, tiga daripadanya diperintah PAS, dan keenam-enam negeri itu bakal diadakan PRN.

“Ini memang betul-betul pecah tradisi sebab selalu buat di rumah rasmi PM tapi bila buat di luar dan tiga negeri yang ditadbir PAS, memang nampak untuk memberi ‘personal touch’ secara fizikal dan psikologikal kepada pengundi Melayu memandangkan PRN yang semakin menghampiri,” kata Mujibu Abdul Muis daripada Ilham Centre.



Maknanya semuanya mengenai politik. Malah malam ini PH Kedah diberitakan mengadakan perhimpunan yang boleh dilihat sebagai “prelude” kepada majlis rumah terbuka esok. Pemimpin utama gabungan perpaduan dijadual hadir. Ada juga persembahan penyanyi popular. Ada juga cabutan nombor bertuah. Ini pada hemat saya tidak diperlukan. “So unnecessary”. Rumah terbuka sudah mencukupi. Upacara seperti ini sering dianjur Umno semasa BN berkuasa dulu. Taktik yang tidak berjaya meraih sokongan pada masa lalu. Oh ya, Umno kini dalam kerajaan perpaduan.

Berbalik kepada “personal touch” Anwar yang dikatakan Mujibu tadi, kolumnis Malaysiakini, S Thayaparan, pula berkata menerusi artikelnya semalam bahawa kelebihan Anwar ialah kebolehannya “make connections” dengan rakyat biasa.

Teringat saya akan kata-kata seorang pemimpin Umno tim B yang menentang Tim A pimpinan Mahathir Mohamad semasa pemilihan parti 1987. Anwar berada dalam Tim A. Kata beliau jika ada suatu permintaannya yang beliau mahu dimakbulkan Tuhan ialah “supaya Anwar bisu”. Beliau bergurau tetapi mesejnya ialah Anwar amat menyakinkan dengan hujahnya dan untuk menghalang Anwar ialah dengan menutup mulutnya.

Oleh itu, Anwar memberi “personal touch” kepada pengundi Melayu di negeri yang diperintah PAS dijangkakan malah wajar mengambil kira tuduhan PN terutama PAS ke atasnya, seperti sekular, liberal, dan banyak lagi.



Menurut Thayapan, Anwar tidak perlu menyakinkan seluruh penyokong tegas PAS bahawa beliau pemimpin Muslim yang negara ini perlukan. Sebaliknya Anwar hanya perlu sebilangan penyokong PAS bahawa beliau bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti mereka. Adakah itu cukup untuk memenangi pilihan raya di negeri yang ditadbir PAS? Tidak, kerana kemenangan di peti undi mengambil kira pelbagai aspek.

Tidak dinafikan banyak isu yang mesti ditangani perdana menteri. Namun kata Thaya, jika Anwar berjaya menyakinkan sebilangan penyokong PAS ia akan mengubah persepsi mereka terhadapnya dan kerajaan pimpinannya. Beliau melihat rumah terbuka Anwar di negeri “milik” PAS sebagai “strategic charm offensive in opposition states” atau serangan pesona di negeri pembangkang.

Seperti kita telah dan sedang saksikan PN khususnya PAS menyerang hebat dengan pelbagai tuduhan. Saban hari ada serangan. Terpulang pandangan dan interpretasi masing-masing mengapa serangan bertalu-talu. Seolah gabra.

Mungkin jawabannya ada dalam kata-kata Takiyuddin Hassan, setiausaha agung PAS: “Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.”



Kata kuncinya ialah “mencabar imej dan maruah”. Bolehkah ini diertikan PAS merasa imej kerajaannya di Kedah, Terengganu, dan Kelantan akan tercabar apabila rumah terbuka Anwar diadakan? Lalu jika tercalar mengapa? Ada kesan ke atas kerajaan PAS? FMT

Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker