“High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian

“High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian

"High Maintenance" punca lelaki takut dekati Nadia Brian

Aktres, Nadia Brian tidak menolak kemungkinan bahawa tiada mana-mana lelaki yang berani mendekati dirinya disebabkan dia terlalu sibuk dan komited dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan usahawan.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata hal tersebut bukan untuk dijadikan alasan oleh kaum Adam, sebaliknya beruntung kerana aktres itu mampu berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri,

Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau high mantainance. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara, tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti.

Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan, sebaliknya beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa.

Ketika ditanya kriteria lelaki yang ingin dijadikan pasangan hidup, pelakon filem EVA itu menjawab calon suami haruslah mempunyai minat tentang perniagaan sama sepertinya selain memiliki sifat penyayang dan kelakar.


Baca Artikel Menarik:

View Chin rugi jutaan ringgit


Bercakap fasal kriteria, sudah pun dia seorang yang perlu memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk. Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya.

Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Link kena sama.

Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyanyang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stress.

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun usia perkahwinan hanya kekal setahun apabila pasangan ini disahkan bercerai pada April 2020.

Tak sanggup jadi madu perempuan gila tu – Elcah

“High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian

 

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker