Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Allah Benci Isteri Sebegini - Syamsul Yusof

Kefahaman mengenai kerjaya menurut Islam dalam kalangan wanita amat penting bagi memastikan peranan hakiki mereka di dalam rumah tangga tidak diabaikan.

Hal yang demikian kerana sebahagian wanita bekerjaya menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dan menjadikannya sebagai faktor untuk mereka lebih bersosial tanpa menghiraukan keperluan keluarga sehingga melanggari batas-batas yang ditentukan oleh Islam.



Wanita bekerjaya merupakan insan yang berperanan penting dalam institusi keluarga, komuniti dan negara. Kebanyakan wanita di Malaysia memiliki pendidikan dan terlibat di dalam pekerjaan.

Menurut sumber sahih, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah senang terhadap mukmin yang bekerja”


Baca Artikel Menarik:

Farid tak kenal isteri sendiri, tuduh saya ada lelaki lain – Diana Danielle




Secara umum, pekerjaan menurut Harun Din (1990) merupakan suatu aktiviti yang baik dan apabila ia memenuhi syarat tertentu dan mendatangkan faedah dalam kehidupan, maka ia merupakan ibadah.

Islam memberi pandangan khusus terhadap pekerjaan. Menurut perspektif Islam, bekerja merupakan tabiat manusia secara semulajadi.

Berbahas soal itu, baru-baru ini, pengarah dan pelakon terkenal ada berkongsi sebuah video ceramah agama oleh Ustazah Asma Harun yang menceritakan soal wanita yang tidak dipandang Allah SWT.



“Allah enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan tidak memerlukan suaminya…ini ujian buat wanita yang berdikari…” – jelas Ustazah Asma

Video yang berdurasi 1 minit 52 saat yang dikongsikan itu menerangkan mengenai wanita yang tidak berterima kasih kepada suaminya dan tidak memerlukan suaminya kerana dikatakan lebih berdikari.


Baca Artikel Menarik:

Yusof Haslam nafi dirinya dan keluarga beraya dengan Ira Kazar




Bagaimanapun, Syamsul telah bertindak menghadkan komen menerusi perkongsiannya itu agar tidak dibanjiri kritikan mahupun pendapat daripada netizen.

Malah, membincangkan mengenai mengapa golongan perempuan lebih banyak di neraka, memetik kenyataan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, sebab utamanya adalah kerana wanita yang juga seorang isteri sering kufur dengan suami mereka.

Dari penerangan Azhar Idrus menjelaskan bahawa perempuan akan senang berbuat dosa dalam bab rumah tangga namun tidak bermakna susah untuk mencapai syurga kerana terdapat hadis Nabi SAW menerangkan empat ciri wanita solehah.

Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”


Baca Artikel Menarik:

David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli


Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah yang bagaikan saling “berperang” di media sosial.



Sebelum ini, pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Pada 10 April lalu, Syamsul bersetuju untuk bercerai secara baik hasil pertemuan dengan Puteri Sarah malam sebelum perbicaraan.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

4 Comments

  1. Buat la berita yang berinfo sikit. Ini pasal cerita cerai berai. Benda maxam tu nk jeboh buat apa. Hari² ada kes cerai. Asal artis cerai je sampai berbulan bulan ada berita. Memang ngok betul la wartawan ni. Dh takde sumber berita dah kot. Cari orang yang berbakat la sikit nk jadi wartawan. Ni dekat sebelah rumah aku baru nk cerai ni tak mau siar ke?

  2. Assamualaikum. Asal kena ke isteri terus kata Allah tu benci. Kena diri sendiri tidak pula fikir Allah tu benci atau tidak. Allah tidak pernah membenci hamba2 Nya. Jika Allah benci hamba2 Nya jahanam seumur hidup di dunia dan di akhirat. Nampak buruk di sebelah isteri je tau. Jangan meletakkan hak Allah di pandangan mata dan akal fikiran sendiri. Kita tak tau apa pandangan Allah pada semua hamba2 Nya. Hidup baru sebatas lutut belum separas kepala dah berani menyebut hak Allah. Kita sebagai suami jangan hanya tau mencari salah isteri. Lihat juga kesalahan diri sendiri sebagai seorang suami. Hanya fikir bahagia diri tapi tak fikir bahagia isteri yang dibiarkan mengurus keluarga dan rumahtangga seorang diri bagaimana keadaannya. Fikir dosa kita sebagai seorang suami dan ayah apabila membiarkan isteri dan anak2 tercari2 kita. Malang nasib Puteri Sarah dan anak2. Allah yang akan membalas setiap perbuatan buruk hamba2 Nya.

  3. Nak juga tengok muka wartawan lepas tu nak sibuk tahu gak hal rumahtangga dia sendiri camne. Asyik nak ambil kredit sensasikan hal rumahtangga artis jer ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker