Jasmine tukar agama di India?

Jasmine tukar agama di India?

Pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, menafikan bertukar agama susulan kunjungannya ke New Delhi, India, baru-baru ini.

Jasmine yang kini masih berada di New Delhi berkata, dakwaan netizen yang menganggapnya sedang mendalami dan menganut agama lain tidak benar.

“Saya ke India kerana bercuti selepas penat bekerja. Saya suka melancong jika ada kekosongan jadual, jadi kali ini saya pilih India.

“Bagaimanapun, percutian kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya dan tradisi masyarakat India.

“Upacara dihadiri bukanlah ritual agama, sebaliknya hanya sekadar sesi ‘rejuvinasi’ diri,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah mohon maaf

Percutian Jasmine ke India menimbulkan persoalan netizen apabila memuat naik beberapa foto dalam Instagram (IG) menghadiri majlis seperti ritual keagamaan.

Menerusi satu hantaran, Jasmine dilihat memakai kerudung dan menyarungkan pakaian tradisi masyarakat India.

Dalam masa sama, Jasmine yang berkunjung ke India sejak 17 April lalu tidak menafikan banyak yang dipelajari ketika lawatannya.

“Dari pemerhatian saya dengan menyaksikan dengan mata sendiri taraf kemiskinan, jadi saya percaya agama adalah landasan terbaik membentuk jati diri manusia.

“Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadikan seseorang lebih baik, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah orang sekeliling kita.


Baca Artikel Menarik:

Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama, ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’

“Jadi, percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material,” katanya.

Sebelum ini, Jasmine tidak pernah mendedahkan agama dianuti, namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam untuk menambah ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, Jasmine menambah, percutiannya itu juga sebagai cuti daripada media sosial.

“Sebagai selebriti, adalah satu kemestian untuk mengemas kini perkembangan terkini dalam media sosial. Ada kala rasa sedikit ketinggalan jika tiada apa yang hendak dimuat naik di Instagram.

“Situasi ini ada kalanya membuatkan saya sedikit tertekan, apatah lagi memikirkan kandungan terbaik untuk dikongsikan kepada pengikut,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen


Kata Jasmine, dia dan pihak pengurusannya sedang merangka perancangan baharu untuk memastikan aktif semula dalam laman sosial.

Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran drama komedi romantik, dan projek bersama penerbit terkenal, Datuk Saniboey Mohd Ismail, tidak lama lagi.

Kata Jasmine, dia sangat teruja untuk menjayakan watak daripada projek yang bakal disiarkan di platform penstriman, Tonton.

“Watak ditawarkan antara karakter paling diimpikan dan percutian ke India ini juga salah satu cara untuk saya membentuk personaliti dalam karakter seterusnya,” katanya. BH

Ryan Bakery kekok jadi romantik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker