Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan

Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan

Bagaikan sumpahan!

Itu reaksi pelakon Diana Danielle apabila berasakan berat badannya bertambah setiap kali memulakan penggambaran.



Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, bagi mendapatkan kembali berat badan yang ideal, dia kini mengawal jumlah pengambilan makanan.

“Berat badan saya kini sudah 70 kilogram (kg) jadi, saya sudah mengawal pemakanan sejak beberapa minggu lalu. Entahlah, setiap kali terlibat dengan penggambaran filem, ketika itu badan gemuk.

“Ketika bentuk badan persis model, tiada pula penggambaran filem. Seperti sumpahan!” katanya dalam aplikasi X.

Tambah bintang filem Imaginur itu, berat badannya yang ideal adalah sekitar 60kg dan sekiranya kurang, dianggap ‘cengkung’ baginya.



“Berat badan yang sihat untuk diri saya ialah antara 60 hingga 65kg.

“Orang selalu cakap tidak mungkin tetapi itulah realitinya. Bagi saya, berat 58kg adalah cengkung (sangat kurus),” katanya lagi.

Sebelum ini, isteri aktor Farid Kamil itu pernah memaklumkan selera makan meningkat antara sebab utama berat badannya naik mendadak.

Disebabkan itu, bentuk fizikalnya turut mengalami perubahan sehingga ramai menyangkakan dia sedang berbadan dua. K Online



Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn



Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker