Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok

Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok

Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang akan didakwa di mahkamah atas kesalahan “melukakan perasaan agama orang lain”, pada Rabu ini.

Notis mahkamah yang dilihat Malaysiakini dihantar kepada prosedur filem itu, Tan Meng Khai yang menyatakan dia dikehendaki hadir ke mahkamah untuk dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.



Difahamkan pengarah Khairi Anwar juga akan didakwa.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pada tahun lalu, Tan dan Khairi disiasat polis berhubung filem tersebut.

Mentega Terbang mengisahkan remaja berusia 15 tahun, Aishah yang bergelut dengan persoalan kehidupan selepas mati dalam pelbagai agama – seperti konsep kelahiran semula – setelah ibunya didiagnos menghidap penyakit kritikal.



Ia ditayangkan pada 2021 dan turut disiarkan di platform Viu, sebelum mengundang perhatian dan kontroversi kira-kira dua tahun kemudian.

Khairi dan pelakon Arjun Thanaraju turut menerima ugutan bunuh manakala kereta mereka disimbah cat ketika filem tersebut hangat diperkatakan.

Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan bagi penayangan filem itu pada September lalu. Khairi dan syarikat produksi Meng Kheng Entertainment kemudian mencabarnya di mahkamah. Mk

Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn



Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker