Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat

Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat

BATU PAHAT: Penemuan kesan minyak petrol di bawah permaidani, selain lidi penyapu antara bahan bukti yang dipercayai dapat membantu siasatan kes kebakaran Masjid Kampung Parit Simis dekat Sri Medan di sini, malam tadi.

Pengerusi masjid itu, Mat Sunari Paiman, berkata pihak bomba yang menjalankan siasatan memaklumkan menemui kesan petrol di bawah permaidani selain lidi penyapu yang dipercayai digunakan untuk menyalakan api.



“Yang saya hairan adalah kenapa penyapu lidi terbakar turut berada atas permaidani, kalau kita selak permaidani ini, masih ada bau petrol.

“Selain itu, lapan pendingin hawa yang baru dipasang tidak sampai sebulan turut musnah akibat kebakaran itu. Mimbar untuk kegunaan membaca khutbah yang tidak sampai setahun dipasang juga musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mat Sunari berkata, solat Jumaat tiga hari lalu adalah yang terakhir buat penduduk selepas masjid berkenaan terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Katanya, masjid yang siap dibina kira-kira dua tahun lalu itu mengalami kerosakan teruk dengan anggaran kerugian melebihi RM150,000 apabila sebahagian besar peralatan dalam rumah ibadat itu, termasuk mimbar terbakar.



“Kebakaran disedari pada jam 10.46 malam oleh salah seorang rakan yang mahu membuang air di masjid ini sebelum ternampak api di ruang solat jemaah.

“Dia (rakan) nampak api dalam masjid dan kemudian memberitahu penduduk. Secara kebetulan saya tidak berada di kampung kerana ada urusan lain.

“Penduduk kemudian membantu memadam kebakaran. Apa yang menghairankan anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati ada bau petrol dan sudah mengambil sampel untuk dianalisa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata polis menerima laporan kebakaran itu pada jam 11.30 malam.



Katanya, penduduk kampung berhampiran bertungkus-lumus membantu memadam kebakaran menggunakan air dan api berjaya dipadamkan 15 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian daripada permaidani, sejadah, pendingin hawa dan mimbar masjid terbakar.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan jika terdapat unsur jenayah. Pihak polis memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat boleh menyalurkan ke mana-mana balai berhampiran atau Balai Polis Seri Medan di talian 07-4850222,” katanya. BH

Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn



Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker