‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander sedia mengulas dakwaan konon bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji sebaik menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, selepas isu penamatan kontrak diperjelaskan pengurusan stesen radio terbabit, Jumaat ini.
Tyzo berkata, setakat ini, dakwaan konon dia bersikap ‘demanding’ dianggap sebagai khabar angin.
“Saya tidak mahu mengiya atau menafikan dakwaan itu. Saya akan jawab dakwaan itu selepas mendengar kenyataan rasmi Suria FM.
“Bagi saya, kalau setakat khabar angin, dakwaan itu tidak boleh dijadikan dalil. Jadi, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada Suria FM,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dilapor berjanji mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi pemberhentian kontrak Tyzo di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.
DJ Lin dilapor berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.
Tyzo berkata, cintanya kepada industri radio, masih menebal. Namun, sejak diberhentikan kerja, dia belum menerima tawaran daripada stesen radio lain.
“Saya masih boleh bekerja. Penerimaan orang juga masih baik. Jadi, kenapa saya hendak padamkan kebolehan yang ada begitu saja? Kalau ada tawaran untuk mengacara dan menjadi penyampai radio serentak, saya tiada masalah untuk lakukan.
“Saya juga sangat sayangkan program bersama Sharifah Shahirah (Kak Rara). Saya berharap kami dapat bergandingan kembali jika ada pihak yang sudi memanggil kami berdua.
“Saya sayangkan gandingan serasi kami berdua… Untuk mendapatkannya, bukan mudah. Saya sangat terhutang budi kepada Kak Rara. Kalau bukan disebabkan dia, tidak mungkin trofi ABPBH 35 menjadi milik saya,” katanya. BH
‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Baca Artikel Menarik:
- Bukan tugas pendakwa raya beritahu tuduhan difail atau gugur
- Chef Wan nafi pekerja dianiaya
- Muay Thai lebih ‘real’ berbanding silat – Johan Ghazali
- Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
- Biden semakin hilang sabar dengan Netanyahu
- Shiera harap kepulangan Tyzo
- Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam
- Noh serah Musa kepada Mizz Nina
- Acah-acah cakap Melayu untuk dapat tiket harga warganegara
- Puchong Prima 3 digemparkan dengan bunyi tembakan polis dengan penjenayah [VIDEO]
- Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang
- Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman
- Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
- Kerja bank konvensional haram?
- ‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET