Akaun Fleksibel KWSP dipuji rakyat

Rakyat memuji pengenalan akaun fleksibel, Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyasarkan pencarumnya mempunyai akses dana mereka terutama ketika kecemasan.

Isyamudin Raimi, 38, mengalukan akaun baharu itu sambil menyatakan ia berguna apabila keadaan kewangan mendesak.

“Kadang-kadang ketika kita tidak jangka, kita perlu wang tambahan bagi keperluan kesihatan dan juga tragedi seperti kemalangan,” katanya kepada FMT.



Isyamudin juga berkata, akaun baharu akan membantu rakyat sepertinya menguruskan kenaikan kos sara hidup.

“Sebelum ini, kita tidak boleh keluarkan wang daripada Akaun 2 (Akaun Sejahtera), khusus bagi kes tertentu seperti pendidikan. Dengan pengenalan Akaun 3 (Akaun Fleksibel), pencarum kini mempunyai fleksibiliti untuk mendapat akses kepada dana,” katanya.

Pada 25 April, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn, berkata caruman bulanan akan diagihkan kepada tiga kaedah: 75% Akaun 1 (Akaun Persaraan), 15% Akaun 2, dan 10% Akaun 3.

Ketika ini, 70% caruman bulanan disalurkan dalam Akaun 1, yang mana tidak boleh diakses sehingga persaraan, manakala baki 30% disalur ke Akaun 2, boleh diakses bagi pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebahagian pengeluaran dibenarkan pada usia 50 tahun.



Nur Azlina Abdul Jalil, 44, menyifatkan semakan agihan kepada caruman bulanan “cukup seimbang”.

“Memperuntuk 10% dalam Akaun 3 mungkin kelihatan kecil, namun melihat kepada jangka panjang, ia akan terkumpul dengan ketara. Jadi, apabila mengalami kesukaran, wang itu sangat membantu,” katanya.

Ahli perniagaan, Chan Kok Ho, 30, memuji keputusan KWSP menyalurkan 10% caruman dalam Akaun 3. “Ia akan membantu rakyat mendapat simpanan persaraan dan pada masa sama memenuhi keperluan rakyat benar-benar memerlukan wang sekarang,” katanya.

KWSP juga mengumumkan pencarum boleh memilih memindahkan sebahagian simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel bagi akses segera, dengan permohonan dibuka bermula 11 Mei hingga 31 Ogos.



Juruwang, Nurzanaim Zakaria, berkata dia akan mempertimbang memindahkan sebahagian simpanan Akaun 2 ke Akaun 3, sambil menyifatkan ia pilihan praktikal bagi sesiapa yang memerlukan dana.

“Ia bagus selagi mana wang yang mereka keluarkan diguna bagi kecemasan dan keperluan lain kerana ketika ini semuanya cukup mahal,” katanya.

Tinjauan di media sosial juga mendapati kebanyakkan menyokong kewujudan Akaun 3.

Warganet @rojakdude berkata, peruntukan 10% ke Akaun 3 memberi kesan signifikan walaupun mewakili sebahagian kecil caruman.



“Potongan kecil tawar fleksibiliti tanpa merisikokan dana asas persaraan. Dengan Akaun 3 tawar fleksibiliti bagi kecemasan dan keperluan jangka pendek, sebahagian besar wang anda masih berkembang selamat dalam Akaun 1 dan 2, dilindungi sehingga anda memerlukannya.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker