Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Bagai tiada kesudahan apabila pelakon, Fatiya Latiff terus mengundang perhatian dan kontroversi dalam media sosial.

Selepas menimbulkan spekulasi dengan meletakkan kapsyen ‘just married’ (baru berkahwin) tanpa sebarang penjelasan lanjut pada sekeping foto dipeluk seorang lelaki Jepun, pelakon itu berkongsi pula foto dicium seorang lelaki lain yang di dakwa sebagai kekasihnya pula.



“Corazon (hati),” tulis Fatiya dalam bahasa Latin.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, pemilik nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, itu turut dilihat hanya memakai topi dan tidak lagi berhijab.

Dalam hantaran berbeza, Fatiya turut dilihat meluangkan masa dengan bersiar-siar bersama dengan jejaka tersebut, yang dipercayai berketurunan Amerika-Latin berdasarkan wajahnya.

Perkongsian secara terbuka pelakon itu sekali gus bukan sahaja mengundang kecaman netizen, malah ramai yang turut melahirkan rasa sedih melihat kehidupannya seolah-olah tanpa arah hidup.



“Kenapa berubah sampai begitu sekali? Daripada bertudung, sekarang tidak lagi. Tunjuk gambar dicium dengan lelaki,” kata seorang pengikutnya.

“Awak betul-betul perlukan bantuan (sokongan). Tapi awak nafikan. Kasihan pada keluarga awak. Bertaubat sebelum terlambat,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Tolong doakan yang baik-baik. Semoga kita semua dirahmati,” kata seorang pengguna Instagram.

Pada masa sama, ada juga pengikutnya bimbang dengan keselamatan Fatiya apabila bersama dengan lelaki tersebut yang tidak diketahui identitinya.



“Takut orang itu (lelaki tersebut) nak ambil kesempatan,” kata netizen.

Menjawab kerisauan ramai mengenai keadaan kesihatan mentalnya, Fatiya sebelum ini berkata dia hanya mengalami stres dan bukan depresi.

“Saya tidak perlukan kawan. Ya, saya juga ada bertemu dengan psikiatri dan mereka maklumkan saya okey dan hanya mengalami sedikit stres.

“Ada juga jumpa psikiatri baru-baru ini dan selalu kemas kini tentang kesihatan mental diri sendiri pada psikiatri.



“Semua itu bagi memastikan kesihatan mental saya dalam keadaan yang baik. Saya tidak depresi tetapi hanya stres,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Fatiya meledak dalam media sosial apabila menggelar Zahirah sebagai bibik dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir.

Bukan itu sahaja, dia juga mula mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik foto bersama Aiman dan mendakwa aktor itu masih lagi mencintai dirinya.

Meskipun begitu, ramai mula melahirkan kerisauan terhadap kesihatan mental Fatiya dan berharap dia segera mendapatkan bantuan. K Online



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker