MB Perlis akan dipanggil semula – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan memanggil semula Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhubung siasatan dakwaan kes salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan untuk memanggil semula Pesuruhjaya PAS Perlis itu atau sebaliknya, tertakluk kepada keperluan siasatan.

“Bergantung kepada hasil siasatan,” katanya ringkas kepada BH.



Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan SPRM akan memanggil semula Mohd Shukri selepas ini.

Semalam, Azam mengesahkan Mohd Shukri ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.

Beliau bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas hampir lapan jam diambil keterangan.

Mohd Shukri sebelum itu ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.



Difahamkan, beliau disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa.

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Media sebelum ini melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis itu antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Malah, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.



Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker