DJ Lin jadi mangsa

Tiada sebab kena pecat.

DJ Lin jadi mangsa

“Tiada sebab mengapa mahu pecat DJ Lin.” Demikian kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berikutan tohmahan dilemparkan kepada Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berhubung isu penamatan kontrak Tyzo.

Amiruddin mengulas mengenai isu penamatan kontrak Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM dan DJ Lin.



“Saya cadangkan hari terakhir Tyzo ke udara, Jumaat lalu. Saya cadangkan ‘talk set’ terakhirnya dirakamkan sebab tak mahu Tyzo cakap macam-macam sebelum pergi.

“Apa yang berlaku, dia tidak rakam dan buat siaran langsung. Tyzo minta salah seorang kakitangan Suria FM merekodnya.

“Saya rasa anda pun sudah tengok video itu. Pada masa itu, DJ Lin naik ke studio untuk ucap terima kasih dan good luck kepadanya.

“Apa yang berlaku, video dirakamkan menggunakan telefonnya. Dan depan DJ Lin, dia cakap, terima kasih atas penganiayaan ini. Dia ambil telefonnya dan sekali lagi cakap, ini adalah satu penganiayaan.



“Saya tak dengar ‘live’ itu, tapi saya ada tengok video berkenaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ruang Udara Suria di Cybertorium, Menara Star, di sini, petang tadi.

Berikutan itu, Aminuddin berkata, serangan itu hanya memberi kesan pada DJ Lin dan anak-anaknya turut terkena tempias.

“Apa yang berlaku, video ini jadi viral. Siapa dengar dan lihat video akan bersimpati dan menyalahkan Suria FM. Ini satu perkara yang tak boleh elak.

“Netizen keluarkan macam-macam hantaran dan tuduhan. Hampir semua mengecam DJ Lin, seolah-olah dia yang bertanggungjawab dan minta letak jawatan.



“Siapakah sebenarnya mangsa? Mangsa sebenarnya DJ Lin kerana kredibiliti menurun dan reputasi terjunam.

“Mungkin ini adalah perancangan arau tujuan menjatuhkan DJ Lin,” katanya.

Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir.

Sementara itu, Mohd Aminuddin berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf atas penamatan kontrak.



“Tiada kenyataan saya maafkan awak atau awak maafkan saya. Ini sudah sampai satu tahap yang susah nak diperbaiki sebab keadaan jadi seperti ini.

“Kami juga tak tunggu permohonan maaf Tyzo. Namun, kami akan ambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan ini menjejaskan Suria FM.

“Kami tidak akan ambil tindakan undang-undang selagi tidak wujud kenyataan mencemarkan reputasi Suria FM,” katanya.

Mengulas kenaikan gaji diminta oleh Tyzo, Mohd Aminuddin menegaskan ia sudah dipersetujui ketika kontrak ditandatangani.



“Soal gaji adalah pertimbangan yang sudah diambil kira. Selalunya, kontrak disambung berasaskan gaji. Apa yang ditandangani adalah gaji yang sudah dipersetujui. Jika tak setuju, takkan nak tandatangan kontrak,” katanya. BH

DJ Lin jadi mangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker