Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan

Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan

Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu mahkamah sivil bahawa peguam aktivis yang lantang, Siti Zabedah Kasim menengking dan bertindak agresif menghalang pihak berkuasa itu daripada melakukan serbuan ke atas majlis makan malam persendirian transgender di Kuala Lumpur pada 2016.

Keterangan Akmal Nadzim Abdullah hari ini bertentangan dengan tuntutan Siti berhubung dakwaan penahanan Jawi dan pengurungan yang menyalahi undang-undang terhadapnya pada majlis itu di Hotel Renaissance pada 3 April hampir lapan tahun lalu.



Bagaimanapun pada Ogos 2020, mahkamah majistret jenayah Kuala Lumpur yang berasingan melepas dan membebaskan (DAA) peguam lantang itu daripada pertuduhan menghalang penjawat awam (Jawi) daripada menjalankan tugas rasmi pada majlis itu.

Semasa perbicaraan tindakan sivil Siti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Akmal Nadzim berbalah dengan peguam bela plaintif Saha Deva A Arunasalam.

Saha Deva menyoal bagaimana keterangan Akmal Nadzim pada perbicaraan jenayah di mahkamah majistret didakwa tidak menunjukkan kelakuan Siti menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagaimanapun, pegawai Jawi itu tidak bersetuju.



“Plaintif telah menghalang tugas (pegawai Jawi) dengan membuat provokasi tengking dengan suara kuat being aggressive melawan pegawai penguatkuasa termasuk saya.

“(Dia) jerit-jerit buat provokasi sehingga membuat orang lain bersama dalam dewan tidak memberi kerjasama kepada pegawai penguatkuasa,” kata Akmal Nadzim kepada Hakim Su Tiang Joo.

Akmal Nadzim tidak bersetuju dengan dakwaan Saha Deva bahawa pegawai penguat kuasa Jawi bertindak di luar bidang kuasanya sebagai pegawai Jawi dengan menutup pintu masuk ke dewan makan, berikutan kehadiran di situ terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam.

Saha Deva: Dia tak menghalang.



Akmal Nadzim: Tidak setuju

Saha Deva: Macam mana Siti halang bila dia kata jangan takut beri kerjasama (kepada peserta dan tetamu di dewan).

Bagaimanapun, Akmal Nadzim bersetuju dengan Saha Deva bahawa dia sebahagian daripada 16 anggota pasukan penguat kuasa Jawi yang didakwa dihalang daripada menjalankan tugas oleh Siti.

Akmal Nadzim juga tidak bersetuju dengan dakwaan peguam bahawa pegawai Jawi itu berterusan menukar keterangan di mahkamah.



Perbicaraan di hadapan hakim Su bersambung petang ini dan juga esok.

Pada 2019, Siti memfailkan writ saman terhadap Jawi serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal agama dan kerajaan persekutuan.

Siti mendakwa defendan berkenaan telah melakukan penyelewengan jawatan awam dan menahannya secara salah serta melanggar hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut pernyataan tuntutan, Siti mendakwa dia dikenakan penahanan salah antara 10.30 malam pada 3 April 2016 dan 2.30 pagi pada 4 April 2016.



Dia mendakwa kurungan yang menyalahi undang-undang bermula apabila 14 pegawai penguat kuasa Jawi menghalang pintu keluar dewan tarian, menghalang sesiapa di sana, termasuk dia, daripada keluar.

Peguam kanan persekutuan Nik Mohd Noor Nik Kar mewakili kerajaan serta defendan lain. Mk

Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker