Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus

Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus

MUZIK dangdut kembali mewarnai arena industri muzik tanah air dengan penganjuran Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur pada 27 Januari di Zepp Kuala Lumpur.

Ratu Dangdut tanah air Amelina dan Mas Idayu merupakan artis legenda dalam memperjuangkan irama dangdut sejak sekian lamanya menyatakan konsert Milenia ini sebagai sebuah penghargaan besar dalam karya seni muzik mereka kerana konsert dangdut terbesar gabungan Malaysia dan Indonesia ini merupakan yang pertama dianjurkan.



Selain dua nama besar ini, konsert tersebut turut menampilkan rakan seperjuangan mereka iaitu Ani Maiyuni yang kini sedang hits dengan lagu Dasar Buaya Cinta dan trending di TikTok.

Konsert ini pastinya akan menjadi lebih meriah dengan kemunculan pelapis mereka iaitu Baby Shima artis sensasi yang akan menggamatkan lagi pentas persembahan.

Selain artis tempatan, konsert tersebut turut menampilkan penyanyi Indonesia antaranya Hesty yang popular dengan lagu “Cintaku Klepek-klepek” dan ditemani artis baru Rheyna Morena yang turut popular dengan lagu “Janda Ayu Jarang Dikeloni” juga memberi impak yang lebih besar dalam persembahan di konsert itu nanti.

Kehadiran lagendaris “King Of Slow Rock” Thomas Arya yang sangat popular dengan lagu Bunga pada suatu ketika dulu akan berduet bersama Baby Shima dengan lagu Satu Hati Sampai Mati menjanjikan persembahan yang berbeza dan lebih bertenaga.



Lagu-lagu Thomas Arya mendapat hampir 150 juta tontonan dan antara lagu yang menjadi pilihan irama Dugem maka atas sebab itu beliau diterbangkan khas untuk menarik lebih ramai peminat menghadiri konsert ini.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn. Bhd, Jeffri Yaacob selaku penganjur berkata, pihaknya sangat yakin konsert tersebut akan berjaya apabila melihat trend muzik dangdut yang diremixkan di TikTok seringkali tular dan trending.

Antara lagu dangdut yang trending di TikTok ialah Janda Pirang, Ikan Dalam Kolam dan No Comment yang dipopularkan semula oleh Bunda Corla telah mendunia dan sangat diminati oleh orang ramai.

“Dalam mengangkat semula nama-nama diva dangdut tanah air, kami tetap menampilkan persembahan mengikut trending semasa.



“Maka dua DJ jemputan iaitu DJAce dan Dj Bob Arjuna akan spin lagu-lagu irama Dugem di konsert ini yang pastinya memberi suasana berbeza dan kelainan dari konsert lain. Kami turut menyasarkan peminat golongan muda yang sangat menggemari irama ini akan turut serta memeriahkan lagi pada malam persembahan.

“Konsert Milenia telah tertangguh sebanyak tiga kali apabila berdepan dengan cabaran yang sangat besar untuk mendapat kelulusan permit selain faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan kini merupakan episod akhir dalam usaha-usaha menjayakan konsert ini.

‘Kami terpaksa meneruskan juga demi menepis dakwaan dan tohmahan tidak mahu dilabelkan sebagai scammer atau penganjur hangat-hangat tahi ayam,” katanya.

Tambah Jeffri, langkah pertama ketika menceburi bidang penganjuran acara, dia telah menjadi penipuan bernilai ratusan ringgit.



“Saya menjadi mangsa scammer oleh konsultan yang dilantik dan kini saya difahamkan kes ini telah menunggu pertuduhan untuk didakwa.

“Saya sangat berharap keadilan dapat ditegakkan. Saya sangat berharap kes ini disegerakan untuk mereka menerima hukuman di atas jenayah penipuan yang telah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 dan ia tidak termasuk kerugian urusan tempahan artis, lokasi, promosi dan upah kerja yang pastinya berlipat kali ganda.

“Namun saya tetap berjuang demi memastikan apa yang saya mulakan pasti ingin saya sudahkan dengan sebuah kejayaan,” luahnya.

Justeru, untuk tidak menghampakan peminat dangdut, penganjur memberi potongan harga sebanyak 50 peratus untuk dua tier iaitu Standing Milenia kini hanya RM109 dan Standing Koplo RM99 agar dapat memberi kepuasan maksima kepada semua.



“Kepada yang sudah membeli tiket lebih awal, kami akan memulangkan semula separuh harga bayaran seminggu selepas konsert berlangsung untuk adil kepada semua,” jelasnya.

Selain menawarkan dua zon tiket, konsert tersebut turut menyediakan zon VIP Seating Gold berharga RM279 (termasuk meet & greet dan merhandise) dan zon Free Seating Diamond (RM239).

Manakala Zon VVIP Box memuatkan lapan orang termasuk meet and greet, merchandise dan buffet dinner serendah RM4499.

Tiket boleh dibeli menerusi ticket 2u.com.



Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker