Profesor Amerika dikecam dakwa Malaysia mahu ‘Holocaust kedua dalam ceramahnya di UM

Profesor Amerika dikecam dakwa Malaysia mahu ‘Holocaust kedua dalam ceramahnya di UM

Seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) dikecam di media sosial selepas mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua” ketika menyampaikan ceramah di Universiti Malaya (UM).

Bruce Gilley, profesor sains politik di Portland State University, menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di UM petang semalam – di mana beliau juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.



“‘Sebuah negara yang pemimpin politiknya menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia, dan sudah tentu tidak akan menjadi rakan atau rakan kongsi AS’, daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia,” tulis Gilley di X.

“Ini mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi.

“Paling jelas, pada Oktober, menteri pertanian (dan keterjaminan makanan) Mohamad Sabu menjanjikan satu demonstrasi bahawa ‘Israel akan dihapuskan tidak lama lagi’,” katanya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan berulang kali mengutuk negara itu atas pelbagai serangannya ke atas Palestin, termasuk perang semasa di Gaza yang menyaksikan lebih 34,000 rakyat Palestin terbunuh dan 77,000 cedera sejak 7 Okt tahun lalu.



Mengulas catatan Gilley, bekas menteri luar Saifuddin Abdullah meminta Kementerian Luar dan UM memberikan butiran lanjut mengenai ceramah itu.

Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, berkata catatan Gilley “benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima”, sambil menambah kenyataannya secara salah menggambarkan sokongan Malaysia terhadap negara Palestin yang merdeka.

“Kita tidak pernah menyokong Holocaust kedua. Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis,” katanya dalam catatan di X.

Sementara itu, jurucakap UM yang diminta mengulas memberitahu FMT universiti “sedang meneliti isu berkenaan”.



Manakala, menerusi kumpulan WhatsApp Kementerian Pendidikan Tinggi untuk media, jurucakapnya berkata kementerian akan meneliti isu itu dan mengambil tindakan sewajarnya. FMT

Profesor Amerika dikecam dakwa Malaysia mahu ‘Holocaust kedua dalam ceramahnya di UM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker