MIC turun kempen PRK KBB

MIC turun kempen PRK KBB

Keputusan MIC turun padang dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu demi kebajikan kaum India.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata penyertaan dalam kempen PRK membolehkan parti itu mengetengah isu dihadapi oleh kaum India di Hulu Selangor, khususnya di DUN berkenaan.



“Ramai orang telefon saya. Tan Sri cakap tidak mahu sokong tetapi tiba-tiba mahu turun padang untuk berkempen.

“Selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MIC, saya memaklumkan MIC tidak akan turun berkempen sehingga mendapat panggilan telefon daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Ahli Majlis Tertinggi MIC juga telah membuat keputusan akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Bilik Gerakan MIC PRK DUN Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.



Yang turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan dan Datuk T Murugiah serta Datuk Kohilan Pilay dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, manakala Sabtu ini hari penamaan calon.

Vigneswaran berkata, keputusan untuk turun berkempen calon Kerajaan Perpaduan juga diambil selepas menerima pandangan daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN).



“Pilihan raya ini tidak akan mengubah dua perkara penting, iaitu pertama, kedudukan Perdana Menteri tidak akan tergugat. Kedua, walaupun kerusi ini kita kalah, ini tidak akan menukar kerajaan negeri.

“Jadi apa yang akan tukar? Yang akan tukar ialah persepsi kerajaan negeri dan persepsi Kerajaan Perpaduan kepada kaum India,” katanya.

Beliau berkata, Anwar berjanji menyelesaikan masalah kaum India dan jika kerusi DUN berkenaan dimenangi parti Kerajaan Perpaduan, sudah tentu akan memberi kesan positif dalam menyelesaikan masalah kaum India. BH

MIC turun kempen PRK KBB



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker