Inspektor polis ditahan atas dakwaan amang seksual remaja

Inspektor polis ditahan atas dakwaan amang seksual remaja

Seorang inspektor polis ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, kelmarin.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan diterima mengenai dakwaan terhadap anggota pasukan keselamatan itu.



Katanya, suspek berusia 29 tahun yang bertugas di IPD Pontian didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan Johor Jaya pada 6 petang.

“Remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 9.21 malam kelmarin, sebelum suspek ditahan di kawasan Bandar Seri Alam untuk tindakan lanjut pada 11 malam hari sama.

“Polis turut merampas telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula semalam hingga 28 April ini.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebatan,” katanya.

Inspektor polis ditahan atas dakwaan amang seksual remaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker