Mahathir turun demo mohon Agong tangani ‘kerajaan gagal’

Mahathir turun demo mohon Agong tangani ‘kerajaan gagal’

Ratusan orang berhimpun di luar Istana Negara di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda berhubung kerajaan yang didakwa sebagai “gagal”.

Antaranya ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.



Tanpa mengemukakan bukti atau statistik, ahli politik berusia 98 tahun itu mendakwa kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tinggi mendorong ramai orang Melayu membunuh diri dan mengambil nyawa orang lain.

“Tujuh belas orang, orang Melayu yang membunuh diri.

“Ada yang bunuh mak, yang bunuh ibu bapa, kerana hilang punca dan tertekan sangat-sangat,” dakwa Mahathir.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai istana oleh empat wakil NGO yang mendakwa mewakili Islam dan Melayu. Bagaimanapun, nama pertubuhan itu tidak didedahkan.



Memorandum itu mendakwa kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal “menjaga kebajikan Malaysia dan rakyatnya serta kedaulatan Islam dan Melayu”.

Memorandum itu juga menyatakan bahawa raja-raja Melayu telah dihina berikutan dakwaan pembangkang cuba merasuah raja untuk merekayasa rampasan kuasa terhadap kerajaan.

Selain itu, ia juga mendakwa mahkamah telah menceroboh kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua hal ehwal Islam di negeri masing-masing.

Antara yang hadir adalah Aminuddin Yahaya yang mengakui sebagai salah seorang daripada empat wakil NGO tersebut dan
penyelaras gerakan Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard.



Chegubard berkata, isu ketidakharmonian kaum dan ketidakstabilan politik di negara ini adalah hasil daripada apa yang dipanggilnya ‘AZD’, singkatan kepada Anwar, Zahid dan DAP.

Dia juga menuduh kerajaan menggunakan SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengekang perbezaan pendapat.

Peserta juga melaungkan takbir sambil mengangkat sepanduk membawa mesej ‘Rakyat Bersama Hemat Yang di-Pertuan Agong’.

Turut bergema adalah laungan “hidup rakyat”, “Anwar derhaka” dan “Daulat Tuanku”. Mk



Mahathir turun demo mohon Agong tangani ‘kerajaan gagal’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker