TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi

TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi

Calon Yang Dipertua Negeri Sarawak telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan baginda, kata perdana menteri.

Anwar Ibrahim berkata, dia menyerahkan nama itu kepada istana minggu lalu setelah dikemukakan oleh Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg.



“Akan diumumkan mungkin satu dua hari ini,” kata Anwar.

Wan Junaidi, nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Taib
Malam tadi, Pejabat Premier Sarawak menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan jawatan bergelar tuan yang terutama (TYT) itu.

Tiga hari lalu, Abang Johari berkata pelantikan TYT adalah kuasa mutlak Agong.

Baru-baru ini, Speaker Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan TYT bagi menggantikan Abdul Taib Mahmud.



Sementara itu, Anwar juga berkata pelantikan speaker Dewan Negara baru pula akan dibincangkan oleh sekretariat kerajaan perpaduan malam ini supaya dapat disegerakan.

Abdul Taib, bekas ketua menteri, dilantik kebagai TYT ketujuh pada 1 Mac 2014, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Wan Junaidi enggan mengulas berkaitan laporan dia akan dilantik sebagai TYT.

“Saya tidak akan menjawab. Maaf,” jawapnya melalui Whatsapp. Mk



TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan



Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk



SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker