Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar

Kuasa itu singkat, isteri Daim beri amaran kepada Anwar

Naimah Khalid, isteri bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin menafikan melakukan sebarang jenayah, sebaliknya mendakwa tuduhan terhadapnya bersifat peribadi untuk melunaskan dendam politik.

Ini selepas beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis pengisytiharan aset oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



“Tiada jenayah dilakukan oleh saya, dan ini akan saya buktikan di mahkamah.

“Jenayah yang sebenar adalah perancangan rapi untuk mencemarkan nama baik suami saya serta melunaskan dendam politik terhadap beliau dan keluarga kami,” dakwanya dalam kenyataan.

“Kepada anda, Anwar Ibrahim, kuasa itu singkat dan perhitungan sentiasa menunggu mereka yang menyalahgunakannya.”

Naimah dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan syarikat, beberapa bidang tanah di ibu negara dan Pulau Pinang serta dua kenderaan pada 13 Dis lalu.



Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Naimah mendakwa jenayah sebenar adalah menyasarkan musuh politik dengan tuduhan direka cipta, manakala dakwaan rasuah melibatkan kroni politik pula digugurkan.

“Jenayah sebenar adalah berdendam dalam mengejar musuh politik lampau yang tidak berkuasa lagi, dengan tuduhan tidak berasas, ketika ekonomi terus terbantut, reformasi diabaikan dan negara merudum.”

Awal bulan ini, SPRM dilaporkan berkata, ia memanggil Naimah dan anak lelakinya, Amir serta Amin Zainuddin memberi maklumat mengenai aset keluarga.



Agensi antirasuah itu dilapor mengeluarkan notis kepada Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM pada Jun 2023. FMT

Kuasa itu singkat, isteri Daim beri amaran kepada Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker