Tanah, bangunan milik isteri Daim berada di lokasi kelas atasan

Tanah, bangunan milik isteri Daim berada di lokasi kelas atasan

Isteri Daim Zainuddin, Na’imah Abdul Khalid, hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan asetnya seperti yang diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009. Jika disabitkan bersalah Na’imah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000.



Berdasarkan kertas pertuduhan, antara aset yang terlibat ialah beberapa kediaman serta empat plot “bangunan dan tanah pegangan bebas” yang terletak di kawasan petempatan kelas atasan – Taman Tunku dan Bukit Tunku – Kuala Lumpur.

Dua lagi plot tanah yang terlibat berada di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, serta Jalan Cantonment di Pulau Pinang.

Kedua-dua lokasi itu juga dianggap sebagai kawasan kelas atasan.

Na’imah, 66, turut didakwa gagal mengisytiharkan pemilikannya terhadap Menara Ilham di Kuala Lumpur serta dua unit kereta Mercedes Benz masing-masing model EQC 400 dan 500 SL.



Dua syarikat yang didakwa gagal diisytiharkan oleh isteri Daim Zainuddin itu ialah Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi, Na’imah diwakili bekas Peguam Cara Negara Mohd Yusof Zainal Abiden, serta M Puravalen dan Alex Tan.

Pendakwaan pula dikendalikan timbalan pendakwa raya Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.

Azura membenarkan Na’imah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM250,000.



Untuk rekod, Daim turut disiasat SPRM dan diwakili bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Daim dan isterinya mendakwa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan itu dilakukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kesan daripada perseteruan politik di antara mereka yang berlangsung sejak sekian lama.

Na’imah juga mengulangi tuduhan yang sering dibangkitkan apabila seseorang ahli politik Malaysia atau pihak yang dikaitkan dengan mereka dihadapkan ke mahkamah – menganggap agensi penguat kuasa seperti SPRM dan Jabatan Peguam Negara diperalat untuk melunaskan dendam penguasa.

Pasangan Daim-Na’imah sebelum ini menegaskan kekayaan mereka – termasuk aset yang disimpat di luar pesisir – bukanlah diperoleh secara haram.



Daim yang merupakan tokoh yang rapat dengan Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan rasa marahnya apabila SPRM menyiasat anaknya, dan mendakwa jika dia tidak menyertai politik, aset cairnya sahaja sudah melebihi RM50 bilion. Mk

Tanah, bangunan milik isteri Daim berada di lokasi kelas atasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker