Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin berang dengan komen negatif netizen

Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin, 53, berang apabila seorang netizen menulis komen berbaur kecaman hanya kerana pelakon itu berkongsi kesedihan di media sosial selepas kehilangan bapa tersayang.

Menyifatkan individu terbabit sebagai bodoh dan tidak berperasaan, Zarina memaklumkan perkongsiannya itu hanyalah untuk berbagi pedoman dan peringatan dan bukan untuk mendapatkan perhatian masyarakat.



“Saya tak suka bercakap kasar, tetapi orang ini bodoh dan tiada perasaan. Kau berambus dari hidup aku.

“Kau tak faham, aku nak kongsi supaya jadi pedoman dan peringatan untuk engkau orang yang masih ada mak bapa, bukan cari perhatian.

“Saya tak suka orang macam ini, kurang ajar. Kau rasa kau hebat? Siapa sakit hati, saya block,” luahnya geram.

Pengguna Instagram berkenaan yang menulis komen ketika aktres itu bersiaran langsung di platform itu pagi tadi, mendakwa Zarina meminta perhatian dengan merakam dirinya menangis ketika meluahkan kesedihan depan kamera .



“Kalau menangis tak payah buat live, itu namanya minta perhatian,” tulisnya.

Bapa Zarina, Zainuddin Ibrahim, 70, meninggal dunia pada pukul 6.40 petang semalam akibat kanser prostat tahap empat.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kediamannya dekat Sendayan, Negeri Sembilan.

Zarina dalam perkongsian pagi tadi meluahkan rasa kesal kerana sebelum ini kurang memberi perhatian kepada arwah ayahnya.



“Saya rasa bersalah, saya tahu saya abaikan ayah saya. Sebab itu saya kata, jangan bercerai. Pertahankan rumah tangga walau apa pun. Anak-anak jadi mangsa.

“Anak akan rapat dengan ibu atau bapa yang bela mereka sahaja.

“Inilah kehidupan. Setiap orang ada pengalaman dan ujian sendiri. Allahuakhbar, sudah tiada ayah aku. Saya reda ayah pergi. Cuma saya terkilan, tak dapat buat apa yang patut saya buat,” luahnya. Utusan

Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker