Dikecam lakon babak ‘soft porn’, Alya semakin kental
Dikecam lakon babak ‘soft porn’, Alya semakin kental
Pengalaman suka duka dalam hidup membuatkan hati dan jiwa pelakon cantik semakin meningkat naik, Alya Iman kental berdepan ujian termasuk kecaman netizen.
Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 23, berkata, dia juga sudah lali dengan apa sahaja tohmahan dilemparkan dan segala kecaman netizen tidak menjadi kudis buatnya.
“Orang memang benci saya. Jadi, saya tak kisah apa yang orang nak cakap perkara buruk pasal saya.
“Siapa yang kenal saya, dia tahu siapa saya. Walaupun baru berusia 23 tahun, saya sudah melalui banyak pengalaman menyedihkan yang membentuk menjadi gadis tabah dan kalis kecaman.
“Kehilangan ibu dan ayah, membesar dalam keluarga berantakan dan berkerja pada usia muda demi menjaga arwah ayah membuatkan hati serta jiwa kental berdepan apa juga cabaran dalam hidup.
“Justeru, bila ada kecaman netizen, ia langsung tidak memberi kesan. Saya tahu boleh hadapi semua ini dan bersedia dengan apa juga cabaran yang bakal mendatang,” katanya kepada BH Online.
Pun begitu, sebagai manusia normal, Alya mengakui, ada ketika tumpah juga air mata apabila ada pihak tegar menghakimi dirinya tanpa mengetahui duduk perkara sebenar.
Meskipun terkilan dengan nasib diri, namun tegas Alya ia tidaklah sampai tahap mahu menyalahkan takdir.
“Pernah saya duduk menangis, tapi tak adalah sampai tahap meratap nasib dan bertanya mengapa saya perlu melalui ujian sebegitu.
“Saya anggap dugaan dilalui sebagai lumrah yang perlu dihadapi setiap insan,” ungkap Alya ditemui pada majlis sidang media drama rantaian, Layang-Layang Perkahwinan, di sini, semalam.
Alya mengulas reaksi negatif penonton selepas babak didakwa berunsur separuh lucah yang dilakonkannya bersama Shukri Yahaya dalam drama arahan Eyra Rahman itu tular.
Gara-gara watak Tsuraya Lin, anak kepada aktor legenda, Allahyarham Azmil Mustapha itu turut dibenci penonton, selain dilabel sebagai ‘penyondol’.
Sebelum ini, bekas model muslimah itu terpalit kontroversi apabila didakwa bertunang dengan suami orang dan isu buka hijab, tahun lalu.
Sementara itu, Alya mengakui bimbang apabila mendapat tahu perlu membawakan watak yang boleh mengundang kontroversi.
“Masa mula-mula dapat skrip, saya tanya pada Eyra betulkah saya kena bawa watak ini? Ini kerana saya sedar watak ini boleh membuatkan saya dikecam.
“Namun, sudah namanya pelakon, saya buat juga. Sebagai pelakon, saya hanya jalankan tanggungjawab mengikut skrip dan arahan.
“Saya tahu kejadian sebenar berlaku di belakang kamera. Ia tidaklah seperti yang diperkatakan (berunsur lucah). Kami jaga semuanya,” jelas Alya.
Selain Alya dan Shukri, drama 28 episod itu turut dibarisi pelakon Ezzanie Jasny, Keith Foo, Arash Mohd, Datin Nina Juren, Lisdawati, Aishah Ilyas dan ramai lagi. BH
Dikecam lakon babak ‘soft porn’, Alya semakin kental
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X