Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia beri amaran kejadian pokok tumbang berisiko berulang

KUALA LUMPUR: Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail semalam berisiko berulang memandangkan rantaian akar pokok di kawasan itu saling berhubung sekali gus memberi kesan kepada ketahanan pokok, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (Ilam) Nor Atiah Ismail.

Justeru, beliau berkata langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

“Kejadian pokok tumbang semalam merupakan tanda pertama pokok sekitar kawasan itu untuk turut tumbang. Ini kerana akar pokok berselirat dan bergabung kiri dan kanan.



“Rantaian akar ini sebenarnya sangat kuat, tetapi kalau satu yang tumbang ia sebenarnya petanda kod kecemasan,” katanya semasa menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, seorang lelaki tempatan maut, manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.

Dalam pada itu, Nor Atiah bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengenai keperluan melihat garis panduan kepada pemuliharaan pokok di sekitar ibu negara.

Beliau mencadangkan supaya garis panduan itu dibuat selari dengan perancangan bandar, selain terdapat keperluan untuk menyediakan pangkalan data bagi setiap pokok yang ditanam.



“Ilam telah suarakan perkara ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kita mendigitalkan pokok-pokok yang ada di Kuala Lumpur dan dikemas kini secara berkala, sebabnya pokok ini benda hidup dan akan berubah, jadi kita tidak boleh menganggap ia seperti infrastruktur yang lain.

“Dengan adanya pangkalan data ini, kita boleh pantau keperluan pokok secara berkala termasuklah kesihatan pokok itu sendiri,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker