Polis cari dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu [VIDEO]

Dua lelaki yang sedang memandu dan bertengkar sambil membuat rakaman video di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan bakal ditahan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 46 saat dimuat naik di laman sosial Facebook pada 4 Mei lalu.

Menurutnya, menerusi rakaman video itu menunjukkan aksi dua lelaki yang masing-masing sedang memandu dan bertengkar sambil membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit.



“Punca pertengkaran kedua-dua lelaki berkenaan apabila salah seorang pemandu berusia 32 tahun membuat provokasi apabila tidak berpuas hati dengan seorang lagi pemandu berusia 26 tahun yang memotong kenderaannya dari kanan ke kiri.

“Akibat berasa berang, pemandu terbabit mengejar lelaki berusia 26 tahun tersebut dan kedua-duanya memberhentikan kenderaan di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker