Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

KITA kehilangan atlet legenda tanah air yang hebat di mata dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton; Datuk Nicol Ann David (skuasy) dan Sazali Samad (bina badan).

Hakikatnya, atlet terbabit meninggalkan kesan besar dalam arena sukan Malaysia kerana bukan sahaja mencapai kejayaan luar biasa, bahkan memberikan inspirasi kepada generasi masa depan negara, sekali gus membuktikan kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Sudah pasti usaha mengisi kekosongan ditinggalkan mereka tidak mudah, tetapi dengan komitmen teguh daripada pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, badan sukan, sektor swasta dan masyarakat secara keseluruhan, Malaysia pasti boleh mencapai kejayaan dalam arena sukan.



Namun, soalnya adakah kejayaan program pencarian bakat kita lebih kepada ‘secara kebetulan’ atau ‘dengan perancangan’ dirangka secara holistik. Apatah lagi negara jiran kini jauh meninggalkan kita dalam bidang sukan.

Kalau dahulu, atlet kebangsaan biasanya sepenuh masa dan tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi disebabkan ruang serta peluang terhad. Namun, ramai atlet negara kini berpeluang meneruskan pendidikan, termasuk pascaijazah di universiti susulan pelbagai inisiatif seperti laluan hijau dan biasiswa sukan.

Justeru, universiti berperanan penting dalam kejayaan sukan negara kerana jaguh seperti Datuk Pandelela Rinong adalah pelajar universiti, manakala Datuk Azizulhasni Awang ialah graduan universiti.

Dalam hal ini universiti menjadi tempat paling strategik untuk melahirkan atlet berminda kelas dunia dengan penerapan budaya keilmuan diutamakan seperti sains sukan dalam program, aktiviti, latihan, pertandingan sukan dan fasiliti turut diperkasa pada setiap sudut.



Sudah tentu ia akan membantu kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) atlet membuat keputusan secara berkesan sebelum, semasa serta selepas pertandingan.

Dasar polisi sukan negara baharu perlu mengambil kira model Quadraple Helix dengan semua pihak bekerjasama menjalankan tanggungjawab menangani ‘krisis sukan negara’ dan bersama mencapai kejayaan sukan negara.

Program dianjurkan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) seperti 1 Murid 1 Sukan, sedikit sebanyak dapat membantu sukan negara kita apabila menimbulkan minat murid untuk menjadi jaguh sukan negara.

Pemakaian baju sukan diiktiraf sebagai baju kemas ke kelas juga dapat membuka pintu hati pelajar untuk terbabit dalam aktiviti sukan.



Justeru, sistem pendidikan perlu memberikan penekanan kepada subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya pelajar kita menjadi cergas dan cerdas, sekali gus mampu mengikut jejak atlet sukan negara yang hebat.

Hakikatnya, kelahiran pelapis Chong Wei bermula di sekolah rendah yang memerlukan lebih ramai murid dan pelajar terbabit dalam badminton.

Kita perlu meneliti semula dasar sukan dan strategi pembangunan bakat sukan negara seperti hasrat melahirkan atlet berminda kelas dunia, termasuk program latihan, fasiliti, pembiayaan, penjenamaan dan sokongan pendidikan dan pembelajaran untuk masa depan mereka.

Dengan komitmen teguh pihak berkepentingan seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan KPM sudah pasti sukan akan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.



Penulis adalah Pengarah Pusat Teknologi dan Inovasi Sukan (SITC), Institut Kejuruteraan Berpusatkan Manusia (iHumEn), UTM

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker