Tuan Ibrahim buat cerita sedih, dakwa Adun pembangkang buat ‘loan bank’ nak bantu rakyat

Ketua Pembangkang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa ada Adun terpaksa membuat loan bank untuk membantu rakyat, walaupun kerajaan negeri menyalurkan peruntukan.

Katanya ia antara alternatif untuk membayar sewa pusat khidmat DUN dan gaji pekerja.

“Kita bayang (kan) setiap kali hendak bayar sewa pejabat RM2,000 sebulan dan belum masuk (hendak bantu) rakyat yang susah datang jumpa. Ini kita terpaksa hadapi,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di DUN Pahang.



Beliau membandingkan RM30,000 yang disalurkan kerajaan Pahang kepada semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) setiap tahun dengan peruntukan pembangunan di negeri lain antara RM200,000 hingga RM300,000 kepada pembangkang melalui pejabat daerah.

“Macam Perak bagi RM6,000 sebulan kepada pembangkang untuk membayar sewa pusat khidmat dan bayar gaji pekerja.

“Pahang, kita dapat RM30,000 setahun dan RM5,000 sebagai peruntukan kepada Adun pembangkang, tetapi sumbangan itu (RM5,000) itu diberikan pada Ramadan untuk diagihkan kepada masjid.”

Sebelum ini, pembangkang dilaporkan kecewa kerana kerajaan negeri didakwa tidak mengagihkan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker