Selangor tarik diri, JDT menang Piala Sumbangsih dalam kekecewaan

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi kemenangan ‘walkover’ kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan Piala Sumbangsih selepas Selangor FC mengumumkan untuk tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, esok.

Dalam kenyataan, MFL berkata perlawanan itu terpaksa dibatalkan selepas Selangor FC menghantar surat rasmi untuk tidak hadir menentang JDT.

“Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT bakal diberi kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.



“Perkara lain berkait penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat ahli lembaga pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, Selangor FC memutuskan ‘tidak akan hadir’ dalam perlawanan menentang JDT itu selepas MFL menolak permohonan mereka menunda tarikh asal perlawanan atas alasan ‘faktor keselamatan’.

Selangor FC berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian dan perbincangan terperinci mengambil kira insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.

Permohonan Selangor FC itu susulan insiden malang menimpa pemain sayap Faisal Halim yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Ahad lalu.



Keputusan itu turut disokong Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan baginda berkata Selangor FC sedia berdepan sebarang tindakan susulan keputusan menarik diri.

Faisal, 26, disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden berkenaan.

Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Akhyar Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Selasa lalu, pemain JDT Safiq Rahim juga diserang dua lelaki bermotosikal, apabila salah seorang suspek menggunakan tukul untuk memecahkan cermin keretanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker