Daim gagal lagi di mahkamah

PUTRAJAYA: Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarga sekali lagi gagal dalam usaha memohon semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas hal ehwal kewangan mereka.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan kebenaran daripada mereka.

Sidang hakim tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Azizah Nawawi berkata mahkamah tidak boleh semak siasatan jenayah.



Rayuan itu turut didengari Hakim Hashim Hamzah dan Azizul Azmi Adnan.

Azizah menjelaskan rayuan itu harus ditolak kerana mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kuasa penyiasatan badan-badan penguatkuasaan undang-undang.

“Sekiranya dibuat sebaliknya, kami berpandangan, ia akan sentiasa mendedahkan proses penyiasatan semua badan-badan penguatkuasaan undang-undang kepada semakan kehakiman,” katanya.

Azizah menambah aduan Daim dan individu lain boleh dibangkitkan dalam prosiding jenayah, sama ada ketika perbicaraan atau ketika memohon mahkamah membatalkan pertuduhan.



Sidang hakim tidak memerintahkan kos.

Pada 4 Mac lalu, Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Mahkamah Tinggi memutuskan Daim dan keluarga gagal membuktikan mala fide (niat jahat) di pihak pegawai penyiasat SPRM.

Daim dan isterinya, Naimah Khalid, serta empat anak mereka — Asnida, Wira Dani, Amir, dan Amin Zainuddin — dan Ilham Tower Sdn Bhd memohon semakan kehakiman pada 10 Jan lepas.

Mereka menamakan SPRM dan pendakwa raya sebagai responden.



Mereka berkata mereka tidak tahu tentang sifat siasatan itu, kecuali laporan media mendakwa ia berkaitan Kertas Pandora.

Keluarga itu mendakwa siasatan berkait dakwaan pengubahan wang dan salah guna kuasa itu bermula pada Februari 2023, dan tidak mengikut Perlembagaan.

Pada 23 Jan, Naimah dituduh mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM kerana gagal mengisytiharkan pemilikan pelbagai syarikat, beberapa bidang tanah dan dua kenderaan.

Enam hari kemudian, Daim dituduh mengikut peruntukan sama, kerana gagal mengisytiharkan hak milik ke atas 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, serta enam hartanah, tujuh kenderaan, dan dua akaun bank.



Naimah dan Daim mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 sekiranya disabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, Tommy Thomas tampil sebagai peguam untuk keluarga Daim, manakala Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan dan SPRM.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker