Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

“Selamat berjaya sayang, hari pertama jadi penyampai radio.”

Demikian kata-kata semangat dititipkan pelakon Datin Almy Nadia buat suami tercinta, Datuk Fizz Fairuz yang memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Suria FM hari ini.



Menerusi ucapan tersebut, Almy, 37, yakin bahawa semua komen negatif yang dilemparkan terhadap Fizz tidak akan berpanjangan.

“Sebelum ini cuma sebagai tetamu jemputan, tidak sama macam penyampai radio sebenar.

“Untuk sebulan dua ini memang orang akan tahu kecam sahaja. Bagi mereka kecam sepuas-puasnya, sayang dapat pahala sebab ikhlas mencari rezeki untuk keluarga,” katanya dalam Instagram hari ini.

Katanya yang popular menerusi drama Dunia Baru itu, setiap individu sememangnya memerlukan masa untuk membiasakan diri dalam bidang baharu yang diceburi, begitu juga Fizz.



“Setiap orang perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

“Bukan hanya tahu mengecam, maki hamun tidak ingat dunia. Macam tak pandang kiri kanan apabila menulis kecaman.

“Terima kasih Suria FM beri peluang kepada suami saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga anda,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fizz diumumkan sebagai salah seorang penyampai baharu Suria FM yang akan bergandingan dengan Ajak dan Kai Hassan dalam segmen Morning Morning Suria.



Selain Fizz, pelawak Chiwan Cilok dan Kai juga diumumkan sebagai penyampai baharu stesen radio tersebut.

Sejak minggu lalu, Suria FM menjadi sebutan ramai selepas kecoh dengan isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo yang popular dengan segmen Suria Petang. K Online

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker