‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]

PETALING JAYA – “Apa salah kucing-kucing ini? Apalah dosa mereka, tidak layakkah mereka untuk hidup di dunia ini?,”

Begitulah luahan hati @sheikharjans menerusi sebuah video tular di laman TikTok setelah menemui tiga buah beg bagasi berisi empat ekor kucing dewasa bersama beberapa ekor anak kucing di tempatnya berniaga.

Menurut @sheikharjans, pekerjanya menjumpai beg tersebut di sekitar kawasan tempat letak kereta kira-kira pukul 3 pagi.



“Lebih kurang pukul 8.30 malam, nampak sebuah kereta masuk. Tapi dalam 15 minit, dia keluar balik, mungkin ubah fikiran dan hendak makan tempat lain.

“Pukul 3 pagi, pekerja nampak ada tiga buah beg di kawasan tapak letak kereta. Dalam beg besar berzip, ada kucing dewasa dengan anak-anak kecil, sampai ada yang terkencing dan terberak dalam beg tersebut,” katanya.

Lebih menyedihkan, kucing tersebut mungkin telah terperangkap di dalam beg tersebut selama lebih 6 jam sebelum dijumpai.

“Nasib baik kami ternampak. Apa salahnya kalau beritahu orang, tidak mampu nak beri makan dan jaga?



“Tidak mengapa, saya tidak kaya, tidak ada banyak harta. Tetapi saya tidak akan pernah jatuh miskin kalau jaga kucing-kucing ini,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2.5 juta tontonan dan 291,900 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker