Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir

Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan, dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, sehingga kini beliau sudah disoal siasat lebih 10 kali hanya kerana menyuarakan pendapatnya terutama berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).



“Sekejap-sekejap saya disoal siasat oleh polis, macam saya ini penjenayah. Ada laporan je, polis dok tanya saya (minta beri keterangan).

“Saya sudah beri keterangan kepada polis lebih 10 kali, nampak cukup mudah nak siasat Tun. Bila dah jadi Tun ni, banyak pula kena siasat, yang tak jadi Tun semua terlepas.

“Kenapa saya seorang yang disiasat, banyak lagi yang membuat kenyataan rasis dan 3R tapi tidak disoal, banyak lagi nama mereka dalam Pandora’s Papers, Panama Papers pun tidak disoal, mereka buat kenyataan sahaja sudah cukup.

“Takkan saya tidak boleh buat kenyataan, nama saya tidak ada dalam Pandora’s Papers, Panama Papers, (tapi) saya disiasat oleh polis. Saya nak tanya, saya boleh cakap atau tidak, itu pendapat saya. Kalau saya buat kenyataan sahaja, saya kena soal siasat oleh polis,” katanya kepada media selepas disoal siasat oleh polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini. BH



Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker