Mahathir pertahan kenyataan ‘orang India tak setia’

Mahathir pertahan kenyataan ‘orang India tak setia’

Mahathir Mohamad tidak melihat beliau melakukan kesalahan apabila ditunjukkan rakaman temu bual bersama saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India, apabila diambil keterangan oleh polis hari ini.

Bekas perdana menteri berkata, beliau mempunyai hak dan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan sebelum ini mengenai masyarakat India tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.



“Bila tanya mengenai kenyataan saya, mereka tunjuk rakaman video, saya tidak nampak apa yang salah.

“Saya ada hak mempunyai pendirian ataupun fahaman saya, tetapi nampaknya itu dikatakan salah…mereka (polis) tanya, saya kata akan jawab di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas diambil keterangan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mahathir selesai memberi keterangan kepada polis kira-kira 4 petang selepas sejam proses itu berlangsung.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkata, sebanyak 19 soalan diajukan oleh polis kepadanya.



“Ada soalan yang ditanya saya boleh jawab seperti di mana rakaman temu bual tersebut, itu saya boleh jawab. Mereka tanya macam (di mana) rakaman itu dibuat, saya beritahu ia dibuat melalui Zoom, mereka ada di India, saya di sini (Malaysia),” katanya.

Dalam temu bual dengan saluran berita Tamil itu baru-baru ini, Mahathir berkata orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.

Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus berasimilasi sepenuhnya dan “menjadi Melayu”, Mahathir bersetuju.

Beliau dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu.



Sementara itu, Mahathir mempersoalkan mengapa beliau sahaja disiasat pihak berkuasa sedangkan terdapat pemimpin politik lain juga mengeluarkan kenyataan rasis dan 3R (agama, kaum, diraja).

“Banyak lagi yang membuat kenyataan rasis dan 3R tapi tidak disoal. Banyak nama mereka dalam Kertas Pandora, Kertas Panama pun tidak disoal. Mereka buat kenyataan sahaja sudah cukup.

“Takkan saya tidak boleh buat kenyataan. Nama saya tidak ada dalam Kertas Pandora, Kertas Panama (tetapi) saya disiasat oleh polis,” katanya.

Mahathir mendakwa setakat ini sudah 10 kali disoal siasat polis dan merasakan dirinya seolah-olah penjenayah.



“Sekejap-sekejap saya disoal polis macam saya ini penjenayah. Ada laporan sahaja, polis tanya saya. Saya adalah rakyat yang mengikut undang-undang, kalau tanya saya mengikut undang-undang, saya akan jawab,” katanya. FMT

Mahathir pertahan kenyataan ‘orang India tak setia’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker