Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta

Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan pemilikannya dalam 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan di sini, serta enam hartanah.

Daim juga didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan akaun Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Berhad dan tujuh kereta mewah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 Dis 2023.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker