Wanita wasiat harta RM13.3 juta kepada kucing, anjing

Wanita wasiat harta RM13.3 juta kepada kucing, anjing

BEIJING – Seorang wanita di China menimbulkan kemarahan anak-anaknya kerana mewasiatkan seluruh harta pusaka kepada haiwan peliharaannya, lapor laman berita Unilad kelmarin.
ADVERTISEMENT

Liu dari kota raya Shanghai bertindak menukar wasiat selepas mendakwa dia telah diabaikan oleh tiga anaknya ketika di usia senja. Dia berkata, mereka tidak kerap menziarahinya walaupun selepas dia jatuh sakit.



Menurut warga emas berkenaan, dia hanya ditemani oleh beberapa ekor anjing dan kucing ketika musim luruh.

Sebuah klinik veterinar tempatan ditugaskan oleh Liu untuk menyelia dan mentadbir kesemua wang dan aset bernilai 20 juta yuan (RM13.3 juta) yang diwasiatkan kepada haiwan-haiwannya.

Bagaimanapun, perbuatan mewasiatkan harta kepada haiwan adalah tidak sah di sisi undang-undang China.

Seorang pegawai ibu pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat China di Beijing, Chen Kai mengemukakan beberapa alternatif dalam menyelesaikan kes tersebut.



“Kami akan menasihati Liu supaya melantik orang dipercayainya untuk menyelia klinik veterinar bagi memastikan haiwan peliharaannya dijaga dengan baik,” katanya. K Online

Wanita wasiat harta RM13.3 juta kepada kucing, anjing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker