Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

SEPANG: Apa kemungkinan jaringan menarik pemain negara, Faisal Halim ketika berdepan Korea Selatan dapat dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?

Jaringan pemain sayap lincah itu agak unik selepas Faisal berjaya memperkotak-katikkan pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022/23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub.

Selepas Faisal menyambar bola, dia memperdayakan pertahanan Bayern Munich bernilai RM255 juta dan sempat memperdayakan penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang ‘terduduk’ sebelum meledak gol penyamaan buat Malaysia.



Berdasarkan komen netizen di laman media sosial, rata-rata menyifatkan jaringan itu bertaraf dunia dan layak dinobatkan sebagai jaringan terbaik Piala Asia 2023.

Ketika diminta mengulas mengenai situasi itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan badan induk itu menyerahkan keputusan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekiranya berhasrat mencalonkan jaringan itu bagi anugerah Puskas FIFA.

“Kita serahkan kepada AFC sama mereka mahu mencalonkan jaringan itu atau pun tidak kerana kejohanan ini (Piala Asia 2023) adalah pertandingan mereka, jadi mereka lebih tahu.

“Kita menyambut baik sebarang keputusan yang diambil oleh AFC, sekarang kejohanan masih berlangsung,” kata Noor Azman Rahman ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.



Sebagai rekod, pemain Malaysia pernah memenangi anugerah berprestij itu pada 2016 menerusi Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma ‘melanggar’ hukum fizik ketika menentang Pahang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker