Kandungan pindaan perlembagaan UMNO hampir serupa MCA

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa kandungan bagi pindaan perlembagaan UMNO yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas parti berkenaan pada Ahad itu adalah hampir serupa dengan pindaan yang dibuat oleh parti MCA.

Ujar beliau, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan pindaan kepada MCA dan ia sudah tentu menjadi rujukan kepada parti UMNO.

“Maklumat tambahan yang RoS minta akan diberikan segera. Dimaklumkan yang kandungan pindaan perlembagaan UMNO pada 15 Mei 2022 adalah hampir serupa dengan yang telah pun dibuat oleh parti MCA.



“RoS telah luluskan pindaan kepada MCA dan tentunya menjadi rujukan untuk UMNO,” katanya dalam ciapan di Twitter rasminya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, UMNO telah pun menghantar surat kepada RoS untuk memaklumkan mengenai pindaan perlembagaan parti pada Selasa.

“Surat saya selaku Setiausaha Agung UMNO kepada RoS di Putrajaya yang saya sediakan bersama Penasihat Undang-undang UMNO telah dihantar dengan tangan hari ini, 17 Mei 2022,” ujarnya.

Terdahulu, draf pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno itu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan Umno.



Usul pindaan itu bertujuan memastikan seluruh kekuatan parti dapat digembleng bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa sebarang ancaman dan risiko perpecahan.

Pada Ahad, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas sebulat suara meluluskan usul pindaan perlembagaan parti tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker