Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional
Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Okt – JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia menggesa pemerkasaan pendidikan akidah secara lebih menyeluruh di peringkat nasional susulan isu tular membabitkan seorang pemuda Muslim yang didakwa menyertai ritual keagamaan Hindu.
Pengerusinya, Mohamad Anas Mohamad Naem, berkata isu berkenaan perlu dilihat secara lebih luas, bukan sekadar dari sudut hukum, tetapi turut merangkumi kefahaman akidah, pengaruh digital dan pencarian spiritualiti dalam kalangan generasi muda.
Menurutnya, penyertaan umat Islam dalam ritual penyembahan agama lain yang bercanggah dengan prinsip tauhid adalah dilarang, namun penentuan kedudukan akidah seseorang perlu diserahkan kepada pihak berautoriti berdasarkan siasatan dan penelitian yang adil.
“Persoalan yang lebih besar ialah apakah faktor yang mendorong sebahagian anak muda tertarik kepada amalan sedemikian? Adakah disebabkan pengaruh digital, pencarian makna hidup, kekeliruan identiti atau tahap kefahaman akidah?” katanya dalam satu kenyataan.
JABHAH turut mengingatkan bahawa dakwaan yang mengaitkan individu terbabit dengan New Age Movement (NAM) masih belum disahkan. Bagaimanapun, pengaruh spiritualiti alternatif seperti Tarot, Law of Attraction dan manifestation wajar diteliti, khususnya apabila dipromosikan melalui media sosial atas nama motivasi dan pembangunan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Komited Bantu Jentera BN di Telok Emas, Duyong
- Kota Tinggi Terus Dibangunkan, 18 Projek Setempat Diluluskan
- Pelaksanaan Belanjawan Perlu Beri Manfaat Nyata – Syauqi
Bagi menangani cabaran itu, JABHAH mengemukakan empat usul utama, iaitu memperluas pendidikan akidah kontemporari hingga ke akar umbi, memperkukuh penyelidikan nasional, memperkasa jaringan bimbingan dan pemulihan serta meningkatkan penyelarasan antara agensi Persekutuan dan negeri.
Usaha berkenaan dicadangkan melibatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), institusi pendidikan, agensi agama negeri, pakar psikologi dan penyelidik sosial.
Mohamad Anas berkata, keberkesanan program sedia ada juga perlu dinilai bagi memastikan pendidikan akidah bukan sekadar dilaksanakan, sebaliknya benar-benar difahami dan memberi kesan kepada masyarakat, khususnya golongan muda.
“Mempertahankan akidah bukan sekadar menyatakan apa yang salah. Tanggungjawab yang lebih besar ialah memastikan kefahaman dibina, punca ditangani dan penyelesaian benar-benar sampai kepada masyarakat,” katanya.
Dalam masa sama, JABHAH menegaskan bahawa usaha mempertahankan akidah perlu berjalan seiring dengan penghormatan terhadap penganut agama lain serta pemeliharaan keharmonian masyarakat majmuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bulan Kesiapsiagaan Nasional Pemangkin Pembudayaan Sikap Lebih Peka
- Alhamdulillah…Perjuangan Perumahan Rakyat Membuahkan Hasil – Rais
- Jerebu: Sekolah Ditutup, Majikan Digesa Benar WFH – Azleen Ambros
JABHAH turut menyatakan kesediaan mengemukakan memorandum cadangan dasar dan menggerakkan jaringan ilmuwan muda bagi menyumbang kepada penyelidikan, pendidikan serta usaha pemerkasaan akidah bersama institusi berkaitan. – UMNO Online
Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPF: KUSKOP Komited Pastikan Pemulihan, Penstrukturan Dilaksana Secara Berkesan
- Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat
- Kerajaan Urus Risiko Kebergantungan E&E Melalui Tiga Strategi Utama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Umum Gaji Naik Sahaja, Pastikan Harga Barang Terkawal
You must be logged in to post a comment.