Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat

Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat

Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat

LENGGONG, 12 Okt – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memuji semangat dan komitmen yang ditunjukkan jentera Barisan Nasional (BN) Lenggong ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jentera BN Lenggong di Arena Amanjaya Lawin, semalam.

Beliau berkata, semangat yang ditampilkan jentera parti itu mencerminkan tekad bersama untuk terus memperkukuh kekuatan parti serta memastikan perjuangan BN terus mendapat tempat di hati rakyat.

Menurutnya, komitmen berterusan daripada seluruh jentera amat penting bagi memastikan usaha mendekati masyarakat dapat dilaksanakan secara konsisten.

“Melihat semangat yang ditunjukkan, saya percaya kita semua mempunyai satu tekad yang sama, iaitu untuk terus memperkukuh kekuatan parti ini dan pastikan perjuangan ini terus mendapat tempat di hati rakyat,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Saarani turut menyeru seluruh jentera BN Lenggong supaya terus bekerja keras, turun padang dan mendekati masyarakat bagi memahami keperluan serta aspirasi rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

21,236 Rakyat Johor Terima Bantuan Perumahan RM84.19 Juta


Beliau juga merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera BN Lenggong atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam menjayakan usaha memperkukuh gerak kerja parti di kawasan berkenaan.

Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat

“Terima kasih kepada seluruh jentera BN Lenggong atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja keras kita dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Majlis pelancaran itu menjadi antara usaha menggerakkan jentera BN Lenggong bagi memperkemas gerak kerja di lapangan serta memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat. – UMNO Online

Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. UMNO Sabah Komited Bantu Jentera BN di Telok Emas, Duyong
  2. Kota Tinggi Terus Dibangunkan, 18 Projek Setempat Diluluskan
  3. Pelaksanaan Belanjawan Perlu Beri Manfaat Nyata – Syauqi

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Belanjawan 2027: Naik Gaji … Siapa Akhirnya Menanggung Kos?

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker