Bulan Kesiapsiagaan Nasional Pemangkin Pembudayaan Sikap Lebih Peka
Bulan Kesiapsiagaan Nasional Pemangkin Pembudayaan Sikap Lebih Peka

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Bulan Kesiapsiagaan Nasional menjadi pemangkin kepada pembudayaan sikap lebih peka.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid memaklumkan beliau telah meluncurkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 pada Ahad.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah meluncurkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh, Perak, sebagai usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan seluruh lapisan masyarakat dalam menghadapi pelbagai risiko bencana.
“Kesiapsiagaan bencana perlu bermula sebelum musibah melanda. Perancangan awal, maklumat yang tepat dan tindakan yang tersusun amat penting bagi mengurangkan risiko serta melindungi keselamatan dan kehidupan rakyat.
“Persediaan yang rapi pula menuntut kerjasama semua pihak agar tindakan dapat diambil dengan pantas apabila diperlukan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru: Momentum Peroleh Semula Mandat Rakyat Pada PRU ke-16
- UMNO Selangor Perhebat Penerangan, Sasar Rampas Kembali Pentadbiran Negeri
- Agenda Malaysia Biru Isyarat Kesiapsiagaan UMNO Hadapi Pilihan Raya – Azalina
Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat
Beliau yang juga Presiden UMNO memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM260 juta kepada NADMA.

“Saya turut berkongsi tentang Belanjawan 2027 yang baru diumumkan Kerajaan di mana sebanyak RM260 juta diperuntukkan kepada NADMA, manakala bantuan pembaikan rumah bagi mangsa bencana dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.
“Langkah ini mencerminkan kepentingan memperkukuh pengurusan bencana serta membantu keluarga terjejas membina semula kehidupan mereka.
“Saya berharap Bulan Kesiapsiagaan Nasional menjadi pemangkin kepada pembudayaan sikap lebih peka, bersedia dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Kesiapsiagaan bukan tugas satu pihak sahaja, sebaliknya amanah bersama demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
Bulan Kesiapsiagaan Nasional Pemangkin Pembudayaan Sikap Lebih Peka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Malaysia-Mesir Perkukuh Kerjasama Dua Hala
- Rakyat Masih Beri Kepercayaan Kepada UMNO/BN
- Kerajaan Peruntuk RM200 Juta, Perkasa Para Huffaz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penerangan UMNO Selangor Perhebat Gerak Kerja Hadapi PRU – Megat Zulkarnain
You must be logged in to post a comment.