Kerajaan Peruntuk RM200 Juta, Perkasa Para Huffaz
Kerajaan Peruntuk RM200 Juta, Perkasa Para Huffaz

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk memperkasa para huffaz.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, peruntukan tersebut turut merangkumi bantuan operasi bagi menyokong kelangsungan institusi tersebut.
“Hafazan 30 juzuk al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan, tetapi permulaan kepada amanah yang lebih besar. Para huffaz perlu diberi ruang untuk menguasai ilmu, kemahiran dan bidang profesional dengan al-Quran sebagai pedoman.
“Ketika berucap di dalam Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara PERMATA Al-Quran Kali Ke-10, saya menekankan kepentingan memperluas laluan pendidikan dan kerjaya huffaz melalui TVET, universiti serta pelbagai bidang profesional.
“Seiring usaha ini, kerajaan menerusi Belanjawan 2027 telah memperuntukkan RM200 juta kepada sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM, termasuk bantuan operasi bagi menyokong kelangsungan institusi ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penderhakaan Tony Pua Sudah Melampaui Batas – Shaiful Hazizy
- ‘Tak Banyak Alasan’ Satukan Belia, Semarak Semangat Kebersamaan
- Norliza Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan Ketika Jerebu
UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir
Beliau yang juga Presiden UMNO turut menzahirkan keyakinan terhadap pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara 2.0.

“Selain ini, saya juga menyatakan keyakinan terhadap pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara 2.0 yang turut mensasarkan untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.
“Semoga para graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara PERMATA Al-Quran Kali Ke-10 ini akan terus menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam setiap langkah, mengembangkan kepakaran dan membawa manfaat kepada masyarakat di mana sahaja mereka berada,” katanya lagi. – UMNO Online
Kerajaan Peruntuk RM200 Juta, Perkasa Para Huffaz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru: Momentum Peroleh Semula Mandat Rakyat Pada PRU ke-16
- UMNO Selangor Perhebat Penerangan, Sasar Rampas Kembali Pentadbiran Negeri
- Agenda Malaysia Biru Isyarat Kesiapsiagaan UMNO Hadapi Pilihan Raya – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat
You must be logged in to post a comment.