UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir
UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Sudah tiba masanya UMNO mengambil pendekatan lebih agresif dalam menguasai naratif politik dan menangani persepsi negatif yang sekian lama membelenggu parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman.
Beliau berkata, pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi pengajaran besar kepada UMNO bahawa persepsi mampu mempengaruhi pemikiran rakyat, malah mengatasi fakta sekiranya parti gagal memberikan penjelasan yang jelas dan meyakinkan.
Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan pandangan Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang baru-baru ini menegaskan bahawa naratif dan persepsi merupakan elemen penting dalam menentukan penilaian rakyat terhadap sesebuah parti politik.
“Dulu waktu PRU-14, persepsinya mudah iaitu UMNO dituduh ‘pencuri’ sedangkan mereka tidak ada fakta secara jelas, sementara kita pula tidak menjawab atau berupaya untuk menafikan maka akhirnya kita tewas,” katanya.
Menurutnya, perkara sama turut dapat dilihat dalam suasana politik menjelang pilihan raya apabila pelbagai tuduhan dibangkitkan, termasuk berkaitan pendakwaan terhadap pemimpin UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
Katanya, perkembangan politik semasa, termasuk kritikan terbuka bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada satu ceramah di Gadek, turut memperlihatkan bagaimana isu integriti dan rasuah boleh mencetuskan perdebatan khususnya mengaitkan UMNO dalam pengaruh persepsi rakyat.
“Apabila isu rasuah sering dikaitkan dengan pemimpin UMNO, persoalan mengenai konsistensi pendekatan kerajaan dalam menangani dakwaan terhadap semua pihak juga perlu diberikan perhatian.
“Tapi hari ini yang didakwa hanya pemimpin UMNO. Mana ada disentuh orang PKR, Dap dan sekutu-sekutu mereka,” katanya, yang turut merujuk kepada pendedahan Rafizi.
Justeru, Mahadhir menegaskan bahawa UMNO perlu memanfaatkan ruang perdebatan politik dengan lebih berkesan, selain memastikan setiap isu yang dibangkitkan disertai fakta, hujah yang kukuh dan penjelasan yang mudah difahami rakyat.
“Sebab itu naratif sangat penting dan persepsi juga sangat penting untuk kita kuasai. UMNO tidak boleh hanya bertindak selepas persepsi negatif terbentuk. Kita mesti proaktif membina naratif sendiri, menjawab persoalan rakyat dan memastikan fakta sampai kepada masyarakat. Jika kita berdiam diri, orang lain akan terus menentukan bagaimana rakyat melihat kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Sasarkan 80 Peratus Kursus Ijazah Sarjana Muda Integrasi Elemen AI
- Agenda Malaysia Biru Buka Lebih Banyak Ruang Kepada Generasi Muda – Rizam Ismail
- Agenda Malaysia Biru: GST Wajar Dikembalikan Jika BN Diberi Mandat – Wee Ka Siong
Menurutnya, UMNO perlu memastikan suara dan pendirian parti disampaikan secara jelas, pantas dan berfakta agar ruang komunikasi awam tidak hanya didominasi oleh persepsi yang dibentuk pihak lain.

Beliau berkata, sudah tiba masanya UMNO menjadikan pengalaman lalu sebagai iktibar untuk membina komunikasi politik yang lebih berkesan, sekali gus membolehkan parti itu menangani cabaran semasa dengan keyakinan, fakta dan naratif yang jelas.
Terdahulu, beliau melaksanakan program Ziarah Jalinan Mesra dengan mengunjungi Shamsul Izery, Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Segambut merangkap Ketua UMNO Cawangan Seri Penchala, yang sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah kesihatan. – UMNO Online
UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
- RM2.1 Bilion: Wang Diluluskan, Tapi Tak Sampai KKDW?
- RUU Makanan Perlu Lindungi Pengguna, Peniaga Kecil Secara Adil – Suhaimi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.