Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat

KULAI, 8 Okt – Pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelaburan ke Kulai perlu memberi kesan langsung kepada rakyat menerusi lebih banyak peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan serta kemudahan awam yang lebih baik.
Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pembangunan yang dirancang tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan nilai pelaburan, sebaliknya perlu dilihat daripada sejauh mana manfaatnya dapat dirasai keluarga dan masyarakat setempat.
Katanya, perkara itu antara fokus yang dibincangkan dalam Sesi Townhall Johor Economic Transformation Plan (JETP) Daerah Kulai yang menghimpunkan kira-kira 200 pemain industri, peniaga, pemaju, pelabur dan wakil agensi kerajaan.
“Di sebalik pelaburan dan perkembangan perniagaan, ada peluang pekerjaan, pendapatan keluarga serta masa depan anak-anak Kulai yang perlu kita fikirkan bersama,” katanya.
Kulai kini menjadi antara kawasan penting dalam pertumbuhan ekonomi Johor dengan kedudukan strategik, perkembangan kawasan perindustrian serta jaringan pengangkutan melalui udara dan darat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
Malah, Kulai Fast Lane merekodkan pelaburan terkumpul RM88.51 bilion dari 2021 hingga Jun 2026, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi daerah itu.
Bagaimanapun, Mohd Jafni berkata pertumbuhan pesat perlu disokong perancangan infrastruktur yang seiring bagi memastikan kehidupan rakyat kekal selesa.
Antara keutamaan ialah peningkatan jaringan jalan raya dan pengangkutan awam, bekalan air dan elektrik, sistem saliran, perumahan serta kemudahan masyarakat.
Pada masa sama, beliau mahu anak tempatan diberikan ruang untuk berkembang bersama pertumbuhan industri, termasuk melalui peluang meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan berkualiti di daerah sendiri.

Peniaga kecil dan usahawan tempatan juga perlu diberi peluang menyertai rantaian ekonomi baharu melalui sektor pembekalan dan perkhidmatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
Menurutnya, usaha memudahkan urusan perniagaan turut perlu diteruskan, dengan pendekatan Kulai Fast Lane berjaya memendekkan tempoh proses daripada 36 bulan kepada 14 bulan.
“Setiap isu yang dibangkitkan perlu diperhalusi supaya ada tindakan susulan yang jelas, agensi bertanggungjawab dan tempoh pelaksanaan.
“Kita mahu rakyat melihat hasil pembangunan ini dalam kehidupan seharian, pada rezeki keluarga dan masa depan anak-anak mereka,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Kulai, Majlis Perbandaran Kulai serta semua agensi dan pihak industri yang terlibat dalam sesi berkenaan. – UMNO Online
Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Sasarkan 80 Peratus Kursus Ijazah Sarjana Muda Integrasi Elemen AI
- Agenda Malaysia Biru Buka Lebih Banyak Ruang Kepada Generasi Muda – Rizam Ismail
- Agenda Malaysia Biru: GST Wajar Dikembalikan Jika BN Diberi Mandat – Wee Ka Siong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.