Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik

KENYATAAN Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini Projek Littoral Combat Ship (LCS) dengan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah satu cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.
Faktanya, projek LCS telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran, beberapa Menteri Pertahanan, proses semakan, siasatan, audit forensik, tindakan undang-undang dan akhirnya penstrukturan semula oleh Kerajaan.
Pada peringkat awal, nama Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid memang cuba dikaitkan dengan projek LCS berdasarkan dokumen dan keputusan awal ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan. Namun, kewujudan catatan atau arahan pada peringkat tersebut tidak bermaksud keseluruhan projek telah diluluskan atau segala keputusan selepas itu dibuat oleh beliau.
Apa yang jauh lebih penting, apabila penelitian yang lebih mendalam dibuat melalui Pengauditan Forensik LCS oleh Alliance IFA, yang laporannya dikemukakan pada Julai 2020, fokus dapatan adalah terhadap aspek tadbir urus, proses perolehan, pembayaran, pengurusan projek serta tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan.
Tidak ada sedikit pun dapatan dalam audit forensik tersebut yang meletakkan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku kewangan atau kegagalan pelaksanaan projek, walaupun laporan itu dikemukakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan 1.0.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sena Specialist Hospital Perkukuh Akses Kesihatan Rakyat Bentong
- PRN Melaka: UMNO Tangga Batu Rapatkan Saf, Perkukuh Jentera
- Bersiap Menghadapi Fasa Peralihan Monsun
PRN Melaka: 14 November Hari Pengundian, Penamaan Calon 31 Oktober
Maksudnya, apabila projek ini diteliti bukan sekadar pada surface value tetapi melalui audit forensik yang lebih mendalam, persoalan yang timbul bukan lagi mengenai campur tangan politik, tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus, pengurusan kontrak dan pelaksanaan projek itu sendiri.
Jadi sekiranya benar segala kelemahan kewangan dan pelaksanaan projek ini berpunca daripada arahan peribadi Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid, sudah tentu perkara itu akan menjadi dapatan jelas dalam audit forensik, siasatan dan proses akauntabiliti yang dijalankan selepas itu.
Sebaliknya, daripada tahun 2020 sehingga hari ini tiada satu pun dapatan tersebut yang secara langsung mengaitkan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid. Tiada!
Malah, tindakan perundangan pernah diambil terhadap individu yang dikatakan mempunyai tanggungjawab langsung dalam pengurusan projek.
Saya melihat tindakan ini sebagai sebahagian daripada usaha tersusun DAP untuk terus mengheret nama Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid ke dalam isu yang telah melalui pelbagai proses, pentadbiran dan keputusan selepas beliau meninggalkan portfolio Menteri Pertahanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Samakan UMNO Dengan Dakwaan ‘Sakau’
- Pemuda UMNO Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka
- Tiga Dekad Berlalu, Akta Sukan Perlu Diperkasa – Naim Moktar
‘… Bulat Lembaga Melantik Undang, Bulat Undang Melantik Raja’
Hakikatnya, perkembangan yang dibangkitkan hari ini berlaku bertahun-tahun kemudian, namun nama beliau terus dipetik semula semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan hari ini.
Fadzmel Fadzil
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.