Jangan Samakan UMNO Dengan Dakwaan ‘Sakau’
Jangan Samakan UMNO Dengan Dakwaan ‘Sakau’

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Sebarang dakwaan berkaitan amalan “sakau” tidak wajar digunakan untuk melabel keseluruhan UMNO, sebaliknya setiap tuduhan perlu dibezakan daripada fakta sebenar dan dinilai berdasarkan undang-undang.
Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada khalayak supaya masyarakat tidak menerima sesuatu dakwaan secara umum tanpa memahami fakta dan konteks sebenar.
Tegasnya, UMNO sendiri tidak pernah berkompromi dalam melindungi mana-mana individu yang melakukan kesalahan undang-undang, malah sentiasa ditegaskan oleh kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kalau ada individu yang melakukan kesalahan, kita serahkan kepada undang-undang. Jangan kerana ada tuduhan terhadap seseorang, kemudian keseluruhan parti dilabel dengan perkara yang sama.
“Kita perlu bezakan antara tuduhan terhadap individu dengan pendirian dan perjuangan sebuah parti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bentuk Akhlak Anak Tanggungjawab Bersama – Hasrunizah Hassan
- Penyatuan Ummah Bukan Kerana Takut Hilang Kuasa – Hasnal Rezua
- KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin
Kita Geng Biru: Turun Padang, Kukuhkan Gerak Kerja Akar Umbi
Mahadhir berkata demikian selepas menghadiri Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam ucapannya pada program berkenaan menyentuh tohmahan berkaitan amalan “sakau” selain mengingatkan jentera penerangan supaya memahami sesuatu isu secara menyeluruh sebelum memberikan penjelasan.
Johari turut menegaskan bahawa UMNO tidak pernah berkompromi dalam melindungi pesalah undang-undang dan meminta jentera parti merujuk kepada pakar, khususnya apabila berdepan isu yang mempunyai implikasi undang-undang.
Mahadhir berkata, pendirian tersebut penting kerana sesuatu isu tidak boleh dijadikan asas untuk membuat kesimpulan terhadap keseluruhan parti tanpa melihat fakta yang berkaitan.
“Kalau ada kesalahan, biarkan proses undang-undang menentukan. Kita jangan mendahului undang-undang dan jangan pula menghukum berdasarkan persepsi.
“Yang perlu kita lakukan ialah jelaskan apa faktanya dan apa pendirian UMNO. Itu yang penting supaya rakyat tidak keliru,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Dominasi Industri Asas Tani Negara, Catat Jualan RM517 Juta
- Mahasiswa Perlu Perkasa Ilmu Dan Kemahiran – Ahmad Maslan
- Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini
Menurutnya, ahli-ahli UMNO perlu memainkan peranan untuk menjelaskan perbezaan antara dakwaan, persepsi dan fakta, terutama apabila sesuatu isu tersebar melalui media sosial.
Katanya, perkara yang dipetik secara sekerat atau tanpa konteks mudah membentuk persepsi berbeza daripada kedudukan sebenar sesuatu isu.
“Kalau kita mahu rakyat faham, kita mesti terangkan berdasarkan fakta. Jangan sekadar ulang apa yang orang lain dakwa.
“Kalau ada tuduhan, kita lihat apa buktinya. Kalau ada isu undang-undang, kita lihat apa peruntukan dan prosesnya. Itu cara yang lebih tepat untuk kita menjawab,” katanya.
Mahadhir turut menyokong penegasan Johari supaya naratif penerangan UMNO disampaikan secara seragam dan konsisten di seluruh negara.
“Jentera di peringkat bahagian dan akar umbi perlu mempunyai kefahaman yang mencukupi supaya tidak berlaku percanggahan ketika menjelaskan isu kepada masyarakat.
“Jangan kita biarkan persepsi menggantikan fakta. Jentera mesti faham isu dan apabila menjawab, jawab dengan fakta.
“Kalau kita tidak tahu, kita rujuk kepada mereka yang lebih arif. Yang penting, jangan membuat kesimpulan sendiri sehingga akhirnya menambahkan kekeliruan,” katanya.
Mahadhir berkata, pendekatan berasaskan fakta itu juga penting bagi memastikan perjuangan UMNO tidak dinilai berdasarkan label atau tohmahan semata-mata, sebaliknya berdasarkan pendirian dan tindakan parti dalam isu yang berkenaan. – UMNO Online
Jangan Samakan UMNO Dengan Dakwaan ‘Sakau’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat, Ab Rauf Bersama Warga Paya Rumput
- Rumah Mampu Milik Johor: Rakyat Mampu Memiliki, Bukan Sekadar Dibina
- Tuntut SOP Terperinci, Lindungi Hak Atlet – Suhaimi Nasir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha
You must be logged in to post a comment.